PENGHARAMAN ROKOK
Penggunaan tembakau adalah salah satu cabaran bagi kesihatan umum di seluruh dunia. Pertubuhan kesihatan sedunia telah menganggarkan lebih 4 juta orang meninggal dunia akibat tembakau setiap tahun.
Presiden MMA, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, berkata rokok menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malysia mati setiap tahun, dengan masalah ini lebih ketara di kalangan lelaki dewasa. Katanya, kira-kira 47.2 peratus lelaki menghisap rokok dengan Melayu paling ramai (55.6%), diikuti Cina (34.1%) dan India (33.4%).
“Mereka yang mati biasanya akibat penyakit berkaitan merokok, biasanya mati 14 tahun lebih awal.”
Merokok juga diramal menjadi punca utama kematian dan hilang upaya di seluruh dunia mengatasi penyakit HIV, Aids, batuk kering, kemalangan di jalan raya dan bunuh diri” katanya.
Firman Allah :
ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكة
Maksudnya :
“…dan janganlah kamu melemparkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke kancah kebinasaan…”
( al-Baqarah : 195 )
Firman Allah :
ولا تقتلوا أنفسكم ان الله كان بكم رحيما
Maksudnya :
“..janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”
( an-Nisa’ : 29 )
Sabda Rasulullah SAW :
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya :
“Tidak boleh mencipta bahaya dan membalas dengan bahaya”
( HR Ahmad dan Ibnu Majah )
Kebanyakan kita telah mengetahui akibat dan kesan daripada perbuatan merokok yang mana boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit seperti ahmar, strok, penyakit paru-paru dan sebagainya. Merokok juga boleh mengakibatkan kesan-kesan lain seperti kurang kecergasan fizikal, risiko kemandulan bagi wanita dan mati pucuk bagi lelaki, malahan bila nikotin dihisap ia merangsang sistem saraf pusat yang mengakibatkan tekanan darah naik, saluran darah menjadi sempit, sensitiviti kepada rasa sakit dan stress menjadi kurang,juga penghisap rokok menyebabkan kulit menjadi tua lebih cepat daripada usia.
Kesan dari merokok ini bukan sahaja terhad kepada si perokok itu sendiri malah ianya juga menimbulkan masalah kesihatan yang sama bagi mereka yang tidak merokok kerana terdedah dengan asap rokok. Asap kedua (second-hand smoke) merokok oleh ibu bapa dibuktikan memberi kesan buruk kepada paru-paru anak kecil. Seawal dua sampai sepuluh minggu hayatnya. Asma menjadi bertambah pada anak-anak yang ibu bapanya merokok dan penyelidikan baru-baru ini membuktikan mereka yang terdedah kepada asap ‘second-hand’ lebih besar risikonya mendapat kanser paru-paru dan barah lainnya.
Ibrahim Muhammad al-Jamal menjelaskan didalam bukunya Risalah Ila al-syabab, antara lain menulis rokok mengandungi 70 kemudharatan (bahaya) antaranya melupakan kalimah syahadah berbeza dengan bersugi, iaitu satu sunnah yang besar sesungguhnya ia untuk mengingatkan syahadah tika menghadapi maut.
Sehingga kini, pelbagai tanggapan dibuat dalam menentukan baik buruknya merokok. Masing-masing mengeluarkan pendapat sama ada pro atau kontra berlandaskan dalil yang pasti ataupun mengikut hawa nafsu.
Sungguhpun begitu, selaku Azhariyyun tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata : “kalau dah ketagih payah nak tinggal” atau “ enta tak tahu,boleh la kata”.
Ayat-ayat seperti ini menggambarkan seolah-olah golongan Azhariyyun yang mendalami ilmu agama, tiada bezanya , menyerupai perangai mereka yang tidak mendalami agama sedangkan Allah telah memilih kita untuk mendalami ilmunya dan di sampaikan kepada orang lain. Apa guna ilmu yang telah kita pelajari, jika sekadar untuk sijil dan mendapatkan kerja tanpa diaplikasikan sebagai amanah.
Sabda Rasulullah SAW :
إن الحلال بين والحرام بين وبينهما متشبهات لا يعلمهن كثير من الناس.فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضهزومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام كالراعى يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن لكل ملك حمى وإن حمى الله محارمه.
Wallahu ‘Alam
Rokok Oh Rokok!
Hilang akal dek rokok. Kebanyakan lelaki sebetulnya tahu benar tentang bahaya merokok. Tatkala menyalakan rokok, terbayang di benak penyakit seperti kanser paru-paru, kanser tekak dan penyakit jantung.
Asap rokok yang disedut mengandungi 401 jenis racun dan 43 jenis karsinogen (penyebab kanser). Tapi anda tetap juga meneruskan tabiat merokok! Kalau ancaman berbau kematian tidak merunsingkan anda, mugkin sesuatu yang berhubung kait dengan harga diri akan membuat ada peduli. Seperti penampilan, misalnya. Berikut ada beberapa hal yang boleh mencacatkan penampilan anda akibat merokok.
GIGI KUNING DAN MULUT BERBAU
Mulut berbau?? Hisyy.. siapa pun tak suka apa lagi nak dekat..! Anda pun tak berani nak senyum pada mereka kerana gigi anda berkarat! Sebabnya partikel yang terkandung dalam asap rokok membuat gigi berwarna coklat dan kuning. Ia juga mengundang bakteria penyebar bau mulut. Sakit gusi dan pelbagai masalah kronik tentang gigi sering ditemui pada perokok tersebut.
IMPOTEN (MATI PUCUK)
Nikotin akan menyebabkan dinding pembuluh darah yang menuju ke penis dan dinidng pembuluh darah di dalam penis akan mengalami penebalan dan pengerasan. Akibatnya aliran darah ke ruang-ruang pembuluh darah penis terbantut sehingga ereksi terganggu atau tidak terjadi sama sekali.
BAU ROKOK
Mungkin anda tidak menyedarinya, tapi itu benar! Anda berbau seperti rokok. Bau ini mungkin enak bagi anda, tapi sama sekali tidak pada perempuan. Bau rokok mampu tersebar ke mana-mana. Ia juga mudah melekat di mana-mana pun sama ada kulit, rambut, baju dan sebagainya.
GANGGUAN PEREDARAN DARAH
Pada perokok, oksigen dalam darahnya digantikan oleh beberapa komponen asap rokok sehingga sel-sel tubuh kekurangan oksigen. Kalau anda bernasib baik, anda hanya akan mengalami sakit sendi dan tangan terasa dingin. Selanjutnya anda akan sering gementar, lumpuh dan kehilangan kemampuan berbicara akibat strok.
TULANG RAPUH
Kajian ada menunjukkan bahawa rokok boleh menyebabkan kurangnya ketahanan tulang sehingga menjadi rapuh, baik pada lelaki atau perempuan. Diduga nikotin menghambat produksi hormon-hormon ysng bermanfaat untuk kesihatan tulang.
TIDAK CERDAS
Anda sudah membaca huraian di atas dan pasti juga sudah berkali-kali pula membaca akibat negatif merokok di media massa. Bahkan iklan rokok pun terkandung peringatan bahaya merokok. Kalau ternyata ia belum dapat memotivasikan diri anda untuk berhenti merokok, jelas sekali OTAK ANDA SEBENARNYA SEDANG KEKURANGAN OKSIGEN..!!!
Vitamin C ‘ajaib’ tigkat imuniti
SATU manfaat Vitamin C yang paling ketara ialah keupayaannya meningkatkan imuniti anda. Perlu diingat bahawa tugas utama Vitamin C ialah untuk membantu badan membina benteng pertahanan bagi menghadapi serangan ‘musuh’.
Bakteria, virus dan pelbagai patogen wujud di sekeliling kita. Kita tidak boleh mengelaknya kecuali jika kita tinggal di dalam buih disinfeksi yang besar. Dalam erti kata lain, kita hidup dalam persekitaran `medan pertempuran’ setiap hari – satu zon perang yang tidak boleh dilihat.
Jika sistem imun kita kuat, kita tidak perlu risau. Bermula dari serangan musuh, semua bahagian sistem imun kita bertindak pantas – mengenal pasti `musuh’, `menembak’ dan seterusnya membunuh. Namun, sesiapa yang lemah dan tidak mempunyai pertahanan, dia akan mudah diserang oleh `musuh’.
Satu-satunya cara ialah dengan mengukuhkan sistem pertahanan supaya kita dapat menangkis serangan virus. Ini boleh dilakukan dengan pengambilan Vitamin C.
Kita harus mengetahui fakta yang tepat mengenai Vitamin C. Pernahkah anda rasa seperti hendak diserang selesema. Tekak dan badan rasa sakit-sakit tetapi semua gejala itu hilang selepas anda mengambil Vitamin C dan berehat semalaman?
Tetapi, bagaimana jika semua usaha kita untuk kekal sihat sia-sia saja? Umpamanya selesema menjadi semakin teruk dan berlarutan selama beberapa hari atau minggu. Dalam hal ini, virus yang menyerang sudah melepasi barisan pertahanan kita yang pertama. `Mereka berjaya merosakkan mitochondria iaitu sel pengeluar tenaga kita. Akibatnya kita jatuh sakit dan tidak bermaya.
Apa yang berlaku seterusnya ialah lambakan radikal bebas disebarkan ke dalam badan. Kehadiran radikal bebas menggunakan sepenuhnya Vitamin C di bahagian yang terbabit seperti kerongkong atau hidung menyebabkan bekalan Vitamin C kita semakin berkurangan. Ini menyebabkan badan tidak boleh membina pertahanan yang kukuh terhadap virus sehingga jangkitan menjadi lebih serius seperti pneumonia.
Apa yang menyedihkan ialah pada suatu ketika dulu, manusia mati akibat keadaan ini. Manusia ketika itu kurang pengetahuan dan tiada rawatan yang sempurna. Masa sudah berubah. Selesema boleh dihalang dengan meningkatkan bekalan Vitamin C dalam badan.
Banyak kajian membuktikan Vitamin C memberi manfaat kepada mereka yang mengalami selesema tidak serius. Apa yang lebih penting, antioksidan membantu anda membina pertahanan yang lebih kukuh terhadap jangkitan.
Anda boleh membantu sistem imun anda dengan cara menambah pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet harian anda. Vitamin C boleh didapati dengan kadar yang banyak dalam oren, tangerin, lemon, limau, betik, strawberi dan limau gedang. Sayuran berdaun hijau dan sayuran lain juga adalah sumber utama Vitamin C, contohnya tomato, brokoli, lada benggala (capsicum) dan daun selada mentah.
Anda juga boleh menambah diet anda dengan makanan tambahan (suplemen) Vitamin C untuk meningkatkan bekalan. Tidak dapat dinafikan, tiada vitamin lain yang amat diperlukan oleh badan anda hari ini seperti Vitamin C. Ia sememangnya layak digelar vitamin ajaib.
>Keunggulan Vitamin C:
- Vitamin C memendekkan tempoh selesema.
- Vitamin C mengurangkan gejala selesema pada tahap 23 peratus.
- Vitamin C mempunyai khasiat antihistaminic yang boleh mengurangkan bengkak dan rembesan serta menjadikan anda lebih sihat.
- Vitamin C boleh meningkatkan keupayaan badan untuk menangkis pelbagai penyakit, termasuk penyakit berjangkit. Ia mengukuhkan dan melindungi sistem dengan merangsang aktiviti antibodi dan sel sistem imun seperti phagocytes dan neutrophils.
- Sebagai sebahagian kolagen, Vitamin C boleh menyumbang kepada pertahanan imun kita dengan cara yang lebih menyeluruh: kulit kita dan pengalas epielial orifis badan, kedua-duanya mengandungi kolagen, bertindak sebagai barisan pertama pertahanan badan kita untuk menangkis serangan `musuh’.
- Vitamin C bertindak terhadap kesan toksik pencemar alam sekitar dengan merangsang enzim pendetoksinan hati. Ia juga meningkatkan pengeluaran PGE1, sejenis prostaglandin yang membantu limfosit, sel pertahanan di dalam sistem imun badan.
|| sumber : Bharian ||





