No Hope – No Agenda

Kisah Teladan

Pesanan Imam Ahmad Bin Hanbal

|| Bismillah ||

Pernah seorang penuntut ilmu datang kepada Imam Ahmad bin Hanbal R.A meminta suatu pesanan, maka berkata Imam Ahmad kepadanya:

“Jika Allah SWT telah menjamin setiap manusia tentang rezekinya, mengapa pula manusia bersusah-payah untuk mencarinya? Jika rezeki seseorang itu telah ditentukan sekian-sekiannya, mengapa pula ia sampai bertungkus-lumus hendak menambahnya? Jika mungkir janji itu mustahil atas Allah SWT, mengapa pula anda sampai menjadi bakhil? Jika syurga itu benar wujudnya, mengapa pula anda sampai berlengah-lengah dalam hidup? Jika neraka itu memang benar wujudnya, mengapa pula anda suka melakukan maksiat di dalam dunia? Jika dunia ini akhirnya akan binasa, mengapa pula anda merasa tenang sentiasa? Jika hisab itu benar berlaku, mengapa pula anda suka mengumpul harta benda? Jika segala sesuatu berlaku qadha dan qadar, mengapa pula anda mesti bersedih hati?”

Renungkanlah kata-kata mutiara dari Imam Ahmad Bin Hanbal ini. Dan selamilah erti dan maksud dari falsafahnya; nescaya kita akan sedar dan insaf. Insya Allah. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua hendaknya, Amin :-)

|| Alhamdulillah ||

Saya Nor Affidah Nazurah Bt. Roshman ingin mengucapkan selamat menempuhi hari-hari bahagia di bulan Ramadhan al-Mubarak yang tinggal beberapa hari lagi. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang dimuliakan dan dihayati seperti sebelum-sebelum ini dan semoga memperolehi kemenangan dalam penyucian hati dan diri insya Allah. RAMADHAN KAREEM (^_^)


Malaikat Kecil – Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

|| Bismillah ||

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat dan selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya,

“Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,

“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu”.

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,

Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk Jalan Ke Syurga yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. ”

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”

Wallahu ’Alam


|| Alhamdulillah ||

Sumber: Suriani Suhaidithanks to the willingness to share this message to me. May Allah bless you, Amin!


Perkongsian Bersama Relawan LL4G Yang Baru Dibebaskan

|| Bismillah ||

Perkongsian Ustaz Haji Jamaluddin Ilyas.

Perkongsian oleh Tuan Haji Jamaluddin Ilyas daripada Yayasan Amal. Beliau kelihatan sangat bersemangat, berucap dalam keadaan berdiri.Katanya, beliau berdiri untuk melihat wajah-wajah ‘pengganti’ beliau. Beliau menyatakan bahawa mereka tidak mahu digelar mereka ‘wira’. Dia yang memakai kot menyatakan betapa kot itu baru dibelinya semalam untuk urusan protokol. Beliau menceritakan betapa beliau keluar dari penjara Israel dengan memakai baju banduan, dan beliau mencintai baju tersebut. Azam beliau, baju itu akan disimpan dengan baik, menjadi bahan cerita kepada masyarakat Malaysia nanti.

Beliau menyatakan bahawa Yayasan Amal sudah tiga kali menyertai misi bantuan ke Gaza. Kali pertama semasa di bulan januari. Kemudian sebelum LL4G, beliau telah datang sekali lagi. Kali ketiganya adalah sekwatu LL4G. Beliau diarahkan oleh Wisma Putra untuk pergi memberikan bantuan daripada Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia telah dapat mengumpulkan 14.5juta ringgit dan Yayasan amal diberikan tugas bersama Haluan, untuk membuat projek pam air di Gaza. Banyak negeri juga telah memberikan bantuan dan sumbangan, terutama dengan derma ketika ceramah-ceramah Palestin.

Namun malangnya, duit yang beliau pegang telah hilang di atas kapal semasa tentera Israel menyerang.

Beliau menceritakan pengalamannya menaiki Mavi Marmara. Beliau bercanda bahawa wujudnya rakyat Malaysia dan Indonesia menyebabkan ada yang menggelar mereka sebagai Malindo. Ahli konvoi dari Malaysia pada awalnya hanya 11 orang. Kemudian apabila ada sebuah kapal rosak dan ingin dibawa pulang, ahli kapal yang rosak itu telah menaiki Mavi Marmara. Terdapat seorang warga Malaysia bersama mereka. Ini menjadikan bilangan ahli konvoi dari Malaysia sebanyak 12 orang.

Cerita beliau, suasana di atas kapal sangat menyeronokkan dengan pengisian dari pelbagai bahasa. Dari masa ke semasa, ada sahaja lontaran peringatan dan tazkirah yang diberikan bagi menguatkan jiwa dan meningkatkan kefahaman. Di atas kapal, ada banyak masa dengan Al-quran, dan melakukan ibadah. Mereka juga diberikan motivasi secara haraki agar mampu bersedia untuk menerima apa sahaja keadaan yang akan berlaku. Mereka juga diarahkan untuk beriadhah di atas kapal dengan berjongging mengelilingi Mavi Marmara bagi memastikan tubuh sihat dan mudah untuk melakukan kerja.

Kebanyakan komunikasi di atas kapal menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tetapi ada juga ahli kapal yang tidak mampu berbicara selain dari bahasa ibunda mereka sendiri. Ustaz Jamaluddin sempat bercanda dengan berkata: “Kalau mereka tak reti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, ana sembang jawa aja dengan mereka” dan canda beliau disambut tawa hadirin.

Beliau menceritakan bahawa pada 30hb, jadual awalnya adalah untuk bergerak pada pukul 6 petang. Mereka telah diarahkan untuk menjaga kapal di dek ke-3. Ustaz Jamaluddin telah menjadi pengawal yang menjaga pintu masuk agar sesiapa sahaja yang ingin memasuki kapal akan terpaksa melalui mereka terlebih dahulu. Semua orang arab diberikan mask sebagai persediaan berhadapan ddengan bom gas askar Israel. Namun, untuk ‘geng malindo’ kata Ustaz Jamaluddin, hanya diberikan satu mask sahaja. Yang memakainya adalah Ustaz Jamaluddin.

Ustaz Jamaluddin menceritakan detik permulaan konfrontasi antara mereka dengan tentera Israel. Ceritanya, bermula pada pukul 11-12 malam, mereka sudah mula melihat lampu yang lain dari lain dari kejauhan. Ahli konvoi amat mengenali kapal konvoi yang lain, tetapi cahaya tadi lain dari kapal konvoi. Dari situ sudah diketahui bahawa itu bukan kapal milik mereka. Selepas itu juga, sudah mula kelihatan lampu daripada helikopter dari kejauhan.

Sekitar pukul 3 pagi, kedengaran ahli kapal bertakbir. Ikan lumba-lumba rupanya telah mendekati kapal mereka. Seakan-akan memberikan petanda bahawa sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama selepas itu. Ketika masuk waktu subuh, azan telah dilaungkan dengan sekuat mungkin. Apabila tamat sahaja azan, mereka melakukan Solat Subuh. Sempat Ustaz jamaluddin menyatakan bahawa, mereka terlah terdidik agar setiap apa pun yang mereka lakukan, mereka mestilah berada dalam keadaan berwudhu’. Mereka beramal dengan penuh kemas. Hatta Solat Dhuha juga diperingatkan.

Sebaik sahaja mereka tamat melakukan Solat Subuh, telah kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat. Namun cerita Ustaz Jamaluddin, Allah tidak memberikan kegentaran pun dalam diri mereka. Mereka tidak panik. Semua menjaga posisi masing-masing sebagaimana yang telah dilatih. Mereka bergerak kemas mempertahankan kapal daripada Israel. Haji Jamaluddin mengutip bom-bom gas dan membaling keluar. Allah telah menghantar pula angin yang kuat, meniup gas pemedih mata dari memberikan kesan kepada ahli kapal. Selepas itu, tentera Israel mula merapati ahli konvvoi dari Malaysia. Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa mereka mempertahankan diri dengan membaling botol air. Atas kuasa Allah, menurut Ustaz Jamaluddin, tentera Israel lari menjauhi mereka.

Tidak berapa lama kemudian, Israel mula menembak dengan peluruh getah. Tetapi ahli kapal tetap bermati-matian mempertahankan kapal. Tetapi semua ahli konvoi telah dipesan dan diperingatkan agar tidak sesekali membunuh.

Selepas beberapa minit, helikopter pertama datang. Menyuluh spotlight dari atas. Dua komando turun. Relawan Turki dengan berani telah menangkap komando yang pertama, membuang senjatanya. Tidak berniat bergaduh. Tetapi apabila komando kedua turun, dia mula menembak dengan peluru hidup. Itulah mulanya syahid yang pertama di atas kapal. Tetapi tetap mereka tidak takut kerana mereka memang telah bersedia untuk syahid.

Tiga orang Malaysia telah ditembak dengan peluru getah. Ustaz Hasanuddin, Halim dari muslimcare dan dirinya sendiri. Akhirnya selepas itu, dalam masa yang sebentar sahaja, ada pengumuman dibuat oleh kapten kapal menyatakan bahawa kapal telah ditawan. Ketika itu grup tentera Israel telah mula memenuhi kapal. Mereka diarahkan untuk duduk diam.

Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa, Dr Arba’ie sempat mencium tiga dari yang gugur pada pagi berdarah itu. Dr Arba’ie telah memberitahu beliau bahawa ada bau kasturi yang harum keluar daripada tubuh mereka yang telah terbunuh itu.

Ustaz Jamaluddin dengan penuh bersemangat bercerita lagi bahawa Dr Syed Muhammad Halim telah meminta tentera israel agar menyelamatkan orang yang cedera parah. Tetapi tentera Israel menyebut : “Ini laut antarabangsa. Tiada tempat untuk dihantar.” Sesungguhnya mereka mengetahui bahawa ini lautan Antarabangsa, tetapi tetap serangan mereka lancarkan juga.

Ustaz Jamaluddin menyatakan kesayuannya kerana antara yang gugur itu adalah yang telah mula dirapatinya semasa di atas kapal sebelum ini.

Perkongsian Aswad Astro Awani

Selepas penceritaan penuh semangat oleh Ustaz Jamaluddin, saudara Aswad dari Astro Awani pula mengambil alih majlis.

Beliau menceritakan bahawa penyertaannya menjadi ahli konvoi adalah kerana dijemput oleh Aqsa Syarif. Peranannya yang utama adalah untuk menyampaikan mesej-mesej penting daripada konvoi Misi Bantuan ke Gaza itu. Hal ini kerana, di Malaysia, saluran Astro di dalamnya mempunyai media-media barat juga yang menyebelahi oleh kuasa barat. Maka peranan wartawan sepertinya, yang berada di tengah medan adalah untuk mengimbangi perkara tersebut agar kebenaran tidak tertanam oleh kebatilan.

Saudara Aswad menyatakan betapa di Malaysia, biasanya yang menjadi rujukan masyarakat adalah media-media barat. Maka Saudara Aswad merasakan betapa pentingnya peranannya dalam memberikan maklumat yang tepat dan sohih, terus langsung daripada ahli konvoi itu sendiri, kepada masyarakat yang mengikuti.

Dalam sepanjang perjalanan konvoi, Saudara Aswad menceritakan bahawa mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menjadikan peranannya tadi satu realiti. Bagi wartawan, beberapa masalah utama adalah antaranya fasa menyampaikan maklumat untuk meredakan kegusaran penonton yang mengikuti perjalanan Konvoi. Kedua, untuk memastikan bahawa mereka sentiasa menyampaikan mesej-mesej yang sebenar, terus langsung dari kapal. Bukan dari khabar angin. Mereka telah ditetapkan untuk berlangsung dua kali sehari. Setiap kali bersiaran, maka Saudara Aswad akan berusaha menyampaikan intipati peristiwa yang berlaku di atas kapal.

Beliau menyatakan bahawa, antara perkara positif dalam hal ini yang boleh menjadi kekuatan adalah orang islam berkongsi isu sentimen Palestin dan apa-apa yang berlaku di sana.

Saudara Aswad juga menyatakan bahawa mereka berhadapan dengan Perang Psikologi daripada pihak-pihak yang ingin memberikan imej buruk kepada perjalanan misi bantuan keamanan ini. Israel dan konco-konconya setiasa akan berusaha melobi media untuk mencucuk dunia agar percara bahawa kapal itu membawa sesuatu yang buruk. Maka tugasnya sebagai wakil media adalah untuk membersihkan tohmahan sedemikian dengan membawa berita-berita yang benar.

Saudara Aswad menceritakan bahawa ahli konvoi yang paling muda di atas kapal adalah berumur 8 bulan. Maka di sini adalah bukti betapa flotilla misi bantuan ke Gaza hanyalah untuk membawa bantuan bukan keganasan.

Pada hari terakhir mereka bersiaran langsung, Saudara Aswad menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mendepani segala kemungkinan. Mereka faham bahawa mereka berhadapan dengan manusia berjiwa zionis. Namun Saudara Aswad berkata, walaupun menyatakan telah berusaha untuk bersedia, ternyata bila di alam medan sebenar, persediaan itu nyata tidak cukup mana. Israel nyata lebih kasar, lebih tidak berperi kemanusiaan dari yang dijangka.

Saudara Aswad memberitahu bahawa kerjanyaa adalah untuk membidas semua pandangan media barat akan hal mereka. Beliau sempat menghantar email kepada barisan editor di Awani, menyatakan bahawa kapal mereka telah dikepung. Aswad yang berada di belakang dek sempat melihat kapal israel mendekati mereka.

Keesokan harinya tiada berita daripada Saudara Aswad kerana mereka telah ditawan. Saudara Aswad menceritakan pengalamannya semasa tragedi ngeri itu berlaku. Katanya, semasa peperangan, wartawan bebas bergerak ke mana-mana untuk menangkap semua keadaan yang pastinya tidak akan disiarkan di CNN. CNN hanya akan menunjukkan video-video yang pro kepada Israel. Apabila ahli kapal semuanya telah menyerah, bahan-bahan rakaman seperti sd card, tape kamera, semuanya telah dirampas dan dimusnahkan bagi mengelak mesej-mesej itu disiarkan untuk menekan Israel.

Saudara Aswad sempat menyatakan akan pentingnya agar diwujudkan penyatuan masyarakat sivil. Apa yang berlaku di atas kapal flotilla, penyatuan masyarakat sivil adalah lebih daripada 50 buah negara. Di dalam mana-mana pun peperangan, Israel akan menggunakan PRuntuk mengawal mesej yang disampaikan bagi mengelirukan maklumat yang sebenarnya. Namun apabila wujudnya penyatuan sivil, Israel telah berhadapan lebih dari 60 buah negara yang telah menyiarkan realiti fakta keadaan. Bahkan semua pandangan mempunyai akurasi dan kekonsistenan menunjukkan ianya benar tepat.

Akhirnya Israel tersepit dalam mencari cara untuk membidas dan memusingkan fakta yang benar. Fakta benar daripada 50 buah yang konsisten membuatkan dunia melihat perkara ini sebagai penting dan benar. Tetapi, kekurangan dalam hal ini adalah, kerajaan-kerajaan yang masih dikuasi oleh zionis akan menyebabkan perkara ini tidak mampu menunjukkan hasilnya ke tahapnya yang maksimum. Maka, Saudara Aswad menegaskan bahawa penyatuan masyarakat sivil adalah perkara yang mesti diusahakan.

Wartawan semestinya akan berusaha menyampaikan isu secara tepat dan padat. Mesej yang hendak disampaikan adalah kesedaran betapa kedamaian di Malaysia ini, kadangkala membuatkan kita alpa betapa ada negara yang menderita.

Soal Jawab

Selepas tamat perkongsian daripada Saudara Aswad, sesi soal jawab pula dimulakan.

Soalan 1: 10 ribu tan barang kemanusiaan, ke mana perginya? Difahamkan di dalam berita, Mavi Marmara telah dikosongkan.

Soalan 2: 12 orang relawan, bagaimana perkembangan baki lima orang?

Soalan 3: Setelah gagalnya misi kita kali ini, apakah ada misi akan datang akan berjaya? Atau hanya akan menerima nasib yang sebegini? Atau mungkin akan ubah taktik penghantaran?

Jawapan dijawab oleh Encik Muhammad Nizam daripada Haluan, beliau bertanggungjawab dari segi media. Beliau jua dipertanggungjawabk an untuk menghantar berita ke Akhbar Sinar dan radio IKIM.

Encik Muhammad Nizam menyatakan bahawa barangan yang dibawa 10 ribu tan, dari segi status sebenarnya, tiada maklumat yang sohih berlaku kepada barangan itu. Cumanya, usaha mereka adalah dari pihak IHH sendiri. InsyaAllah, pihak kerajaan Turki akan berusaha mendapatkan semula barang-barang tadi. Hakikatnya, sebelum bergerak sekalipun, Israel telah mengugut untuk merampas barang dan mereka menyatakan akan memberikannya kepada PBB untuk diberikan kepada Gaza.

Tetapi Israel langsung tidak boleh diprcayai berdasarkan apa yang pernah berlaku dahulu. Encik Muhammad Nizam menyatakan bahawa mereka akan ke Istanbul pada 4hb Julai 2010 untuk perbincangan akan situasi barang bantuan.

Khabar akan baki, semuanya sihat. Encik Muhammad Nizam sempat bercanda bahawa ahli konvoi yang paling kritikal pun adalah Haji Jamaluddin kerana ditembak peluru getah. Kumpulan Malaysia hakikatnya dipertanggungjawabk an menjaga tingkat dua. Kawasan itu kurang kritikal meyebabkan semua ralawan malaysia selamat.

Pada Encik Muhammad NIzam, misi LL4G tidak pernah gagal. Mungkin dari segi misi hendak memberikan bantuan barangan mungkin belum tercapai. Tetapi bantuan ke Gaza akan sampai juga dalam bentuk-bentuk yang lain. Hakikatnya, mereka telah mendapat kejayaan yang besar, kerana daripada persitiwa inilah dunia telah tersentak dengan hebatnya. Hakikatnya, kesyahidan itu adalah bayaran untuk kesedaran dunia.

Teruja dengan respon, pelajar-pelajar yang hadir terus menyoal lagi.

Soalan 4: Israel sekarang telah melakukan fokus terhadap isu bahawa jika IHH ini benar membawa keamanan, maka mengapa askarnyadiserang. Sekarang ini dikatakan bahawa, kalau benar aman, kenapa ada penentangan semula? Kedua kenapa tetap menentang semula walaupun sudah diketahui bahawa mereka berhadapan dengan askar komando? Kenapa jika tiada perkara sensitif yang dibawa, mengapa mesti takut diperiksa Israel? Berikut adalah persoalan yang media pro Israel cuba timbulkan. Jadi bagaimana pandangan relawan akan hal ini?

Soalan 5: Kerajaan Turki dikatakan hendak menghantar tentera laut untuk mengiringi konvoi, maka realitinya bagaimana? Dirasakan bahawa gerakan ketenteraan lah yang akan membawa kesan yang sebenarnya.

Soalan 6: Benarkah seperti pendapat Syeikh Raid, apakah benar akan berlaku intifada yang ke-3?

Soalan 7: Berkaitan dengan NGO Palestin di Malaysia, dengarnya ada program khas di mana rakyat malaysia mampu memberikan sumbangan kepada anak yatim palestin secara berterusan, ada anak-anak kecil boleh dijadikan anak angkat, mereka boleh dijadikan sebagai keluarga angkat, adakah benar ada? Jika ada tolong dedahkan agar ada bantuan boleh diberikan.

Soalan 8: Berapakah lagi aktivitis yang masih tertinggal di penjara israel? Dan bagaimana layanan berada di dalam penjara?

Soalan 9: apabila mengikuti perkembangan, kita akan mengikuti Al-Jazeera dan BBC serta media lain. Di BBC mereka akan membuat propaganda bagi menghalalkan tinakan Israel. Katanya, tanpa bantuan dari luar pun Gaza telah mampu menghasilkan misil. Maka, apatah lagi apabila ada bantuan, pastinya akan lebih teruk. Maka mereka sebenarnya ingin menyekatnya dari awal. Sebab itu dilakukan pengepungan dengan tembok kematian

Soalan 10: Dikatakan bahawa, mengikut peraturan dunia, blockade adalah dibenarkan di Gaza. Adakah benar?

Soalan 11: Kalau konvoi diserang di dalam kawasan perairan Gaza, bagaimana?

******************

Ustaz Jamal bangkit menjawab. Beliau menyatakan bahawa, senjata yang ada di dalam kapal pun adalah pisau. Pisau itu pula bukannya dipegang oleh ahli konvoi, tetapi hanya diletakkan di dapur untuk memotong sayur. Kini, media hendak memofkuskan betapa pisau sayur itu digunakan untuk menentang askar Israel. Sedangkan, tak masuk akal untuk menentang sniper dan lain-lain senjata hebat dengan pisau pemotong sayur. Dan kalau ditanya kenapa bawa pisau, Ustaz Jamaluddin menjawab dengan canda: “Takkan nak makan sayur dengan buah gitu aja tanpa potong? Nak masak macam mana? Pakai lah akal tu sikit”

Antara bukti lain bahawa relawan tidak berniat menentang adalah, mereka telah merampas senjata komando yang pertama. Maka jika benar henda menentang, maka mereka akan tembak semula. Tetapi senjata itu dibuang, bukan digunakan untuk menyerang askar semula. Maka itu menunjukkan bahawa semua ahli konvoi hanya hendakkan keamanan. Polisi sedemikian itu dibuat, adalah untuk mengumumkan kepada dunia bahawa konvoi itu datang dengan aman, untuk beri bantuan sahaja. Kalau benar hendak perang, maka mereka tidak akan bawa budak kecil umur 8 bulan dan orang tua umur lebih dari 80.

Berkenaan kenyataan BBC, beliau menyatakan bahawa apabila media itu tidak menyokong Islam, maka ia akan berusaha dengan apa cara pun untuk mengutuk Islam. Namun Allah Maha Besar. Al-Jazeera punya media dihadang.Satetlitny a diganggu dari mendapat rakaman secara LIVE semasa tragedi itu berlaku. Tetapi media Turki mereka tidak berjaya tutup kerana mereka terlupa. Di dalam kapal Mavi Marmara, terdapat banyak kamera tersembunyi yang merakamkan semua kejadian itu. Video-video inilah yang akhirnya membuka keadaan sebenar akan apa yang dilakukan oleh Israel.

Berkenaan soalan jika perkara ini berlaku di perairan Gaza pula, Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa, rancangan asal mereka adalah mereka akan berhenti di sempadan. Kalau tak dibenarkan, mereka akan duduk di sempadan perairan Gaza selama mana bekalan makanan bertahan. Sekiranya habis makanan, bantuan makanan akan diatur untuk datang agar mereka boleh terus menunjukkan protes. Mereka hakikatnya tidak tahu berapa bulan hendak berada di atas laut. Tetapi penyusunan Allah itu sangat baik dan cantik. Allah susun mereka diserang, dan ia nampaknya lebih membuka mata dunia dari rancangan asal. Hakikatnya, mereka tidak akan merentasi sempadan Gaza tanpa kebenaran agar tidak ada konsikuensi yang buruk.

Selepas Ustaz Jamaluddin menjawab, Encik Muhammad Nizam pula menjawab berkenaan penglibatan tentera laut Turki. Jawapannya adalah tiada ketenteraan. Kerana IHH tidak membenarkannya. Hatta apabila MT-MT Turki hendak menyertai konvoi ini, IHH tidak membenarkan juga. Hal ini kerana IHH tidak mahu Israel mendakwa ianya adalah konvoi Kerajaan Turki.

Berkenaan intifada ke-3, mereka sempat bersama dengan Syeikh Raid mendengar penyampaiannya yang hebat di atas kapal. Encik Muhammad Nizam memberitahu bahawa jika ada yang berhajat untuk mendengarnya, bolehlah ke hidayatullah.com

Tetapi, sepanjang penyampaian Sheikh Raid itu, tiada pula disebut berkenaan intifada yang ke-3. Yang disebut adalah nakbah yang ke-2. Semasa 1948, Israel berusaha menghapuskan semua penduduk Palestin. Itu nakbah yang pertama. Yang dimaksudkan dengan Nakbah Kedua adalah, kini Israel berusaha menghapuskan generasi pelarian 1948. Maka Syeikh Raid berkata, mungkin akan berlaku nakbah yang ke-2 jika hal itu berlaku.

Dari segi mangsa yang masih tinggal di penjara, Encik Muhammad Nizam menyatakan sebenarnya mereka pun tidak ada berita berkenaannya yang sohih. Mereka pun baru berjaya keluar dari Israel. Mereka sangka, mereka akan duduk di penjara sekurang-kurangnya dua minggu. Mereka dirisaukan dengan ketiadaan kedutaan Malaysia di Israel.

Buat masa ini, komunikasi dengan penganjur utama, yakni IHH juga masih belum mampu dilakukan. Mereka akan ke Istanbul pada 4hb 6 2010 untuk dapatkan maklumat lanjut. Tetapi yang pasti, masih ada 3 orang lagi di hospital Israel. Dan kerajaan Turki bekeras untuk mengambil mereka.

Encik Muhammad Nizam juga memberitahu bahawa terdapat dua orang relawan dari Indonesia adalah cedera parah. Seorang ditembak pada dada, manakala seorang lagi dari tangan dan menembus mengenai bahu.

Selepas itu, Ustaz Hasanuddin pula menjawab bahawa kapal itu membawa misi kedamaian. Kalau peperangan, peperangan yang dilakukan hanyalah perang media. Untuk membuka mata dunia. Ini diambil pengajarannya dalam sirah Peristiwa Hudaibiyah yang apabila Rasulullah datang dengan ihram tanpa menghunus senjata.

Ustaz Hasanuddin juga menyatakan betapa di dalam penjara Israel, sangat teruk dan buruk sekali layanannya. Sehingga ada ulama’ telah buta akibat seksaan mereka. Namun, apabila berlaku peristiwa serangan Israel ke atas bantuan keamanan Flotilla, penjara yang diberikan adalah penjara baru, yang selesa, bersama semua peralatan yang baru. Itu semua adalah untuk mengaburi mata dunia, menyatakan Israel bukanlah pengganas.

Ustaz Hasanuddin juga menjawab berkenaan hal anak yatim Palestin. Dia berkata bahawa buat masa ini, Aqsa Syarif telah menerima kepercayaan sebagai wakil untuk menguruskan anak yatim di Palestin. Urusan keluarga yag dipenjara oleh Israel, maka ada persatuan dari Wafrah, Lubnan yang telah melantik Aqsa Syarif untuk menguruskannya. Maka, bantuan boleh disalurkan dengan membantu Aqsa Syarif dalam hal tersebut.

Dr Syed Muhammad Halim pula menyambung dengan menyatakan berkenaan pembinaan misil di Gaza.

Beliau berkata bahawa itu satu soalan helah yang dikenakan kepada masyarakat oleh media yang pro Israel. Maka jawapannya adalah, apakah patut hukuman dilaksanakan kepada seluruh rakyat? Jika benar pun hendak menyalahkan Hamas yang berjuang, mengapa tidak hanya pelaku kesalahan sahaja dihukum? Persoalan sekarang, mengapa rakyat biasa juga menjadi mangsa?

Dr Syed Muhammad Halim juga menjawab berkenaan rancangan merentas ke Gaza. Hakikatnya memang tiada plan untuk merentasi sempadan Gaza. Rancangan asalnya adalah, di sempadan Gaza, mereka akan berperang media agar berpuluh-puluh kapal lagi menyertai mereka memberikan tekanan hinggalah mereka dibenarkan memasuki Gaza dengan aman. Hatta kalau terpaksa merentasi perairan Gaza dan ditembak oleh Israel, maka itu adalah kemenangan di pihak Konvoi dan membuktikan kegagalan Israel.

Perkongsian daripada Dr Syed Muhammad Halim lagi

Sempat Dr Syed Muhammad Halim menceritaka keadaan apabila konvoi diserang oleh tentera Israel. Hakikatnya, Mavi Marmara adalah yang terakhir ditawan. Jika benar Israel hendak bertindak, maka sepatutnya amaran diberikan terlebih dahulu. Atau sekadar menarik Kapal Mavi Marmara untuk diberikan hukuman. Tetapi mereka nampaknya telah tergesa-gesa dengan melakukan tindakan menyerang. Itulah susunan Allah yang cantik. Akhirnya kecaman diberikan oleh seluruh dunia. Syahid, dibayar oleh Allah dalam keadaan yang cantik sekali.

Dr Syed Muhammad Halim juga menceritakan hal di penjara. Dia menyatakan bahawa, apabila mereka diberikan penjara baru yang bersih dan selesa, mereka juga diberikan surat perjanjian untuk dibebaskan cepat. Ini baginya menghairankan. Sepatutnya jika benar mereka bersalah, maka mereka sepatunya dibicarakan dan dihukum atau didenda. Tetapi mereka ditawarkan untuk mentandatangani perjanjian untuk dibebaskan awal. Tetapi tiada yang mentandatangani. Ini tanda bahawa Israel telah ditekan oleh Amerika sendiri.

Tindakan mereka tidak dapat diterima oleh seluruh dunia.

Kehangatan program ini membuatkan masanya ditambah lagi walaupun sudah mendekati waktu Maghrib. Program yang dicadangkan berhenti pada pukul 7 malam, telah dipanjangkan untuk berhenti pada pukul 7.30 malam.

Perkongsian kisah ditawan, dan di dalam penjara oleh Ustaz Jamaluddin

Ustaz Jamaluddin bangkit lagi dan kini menceritakan pengalamannya di dalam penjara.

Beliau bermula dengan menceritakan akan keadaan mereka setelah Israel berjaaya menawan kapal. Mereka telah diikat dengan kasar ke belakang. Kesakitannya masih dirasai. Ada anggota tangan yang masih terasa kebas sehingga waktu mereka memberikan penyampaian hari ini. Ustaz Hasanuddin antara yang pertama diikat dan dia telah digelar sebagai teroris. Ustaz Hasanuddin dipijak banyak kali. Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa dia duduk di sebelah orang Jordan. Orang jordan itu bising memprotes tindakan askar Israel. Akhirnya, bersama dengan orang Jordan itu, Ustaz Jamal juga diikat sama dan ditendang. Ustaz Jamaluddin bercanda: “Askar Israel itu tak dapat beza muka jawa ana dengan muka Jordan orang sebelah ana”

Saudara Noorazman disepak juga. Tetapi kata Ustaz Jamaluddin, kesakitan langsung tidak dirasai oleh mereka. Semua itu adalah nikmat Allah SWT.

Apabila ahli kapal telah dikumpulkan semua, kaki mereka dilipat duduk dengan tangan diikat ke belakang. Mereka berrada dalam keadaan sedmikian lebih dari dua jam. Ustaz Jamaluddin mengakui bahawa ianya sangat menyeksakan. Darah tak berjalan. Mereka tidak diberikan apa-apa untuk mengisi perut. Maka mereka berniat untuk berpuasa.

Kemudian mereka dihantar ke dek depan. Mereka dibawa ke kapal. Waktu ini cukup seksa kerana ada yang rasa hendak ke tandas tetapi tidak diendahkan. Ramai yang terkencing di tempat mana mereka diikat. Bab solat, ada yang dibenarkan, ada pula yang tidak dibenarkan. Tetapi semuanya melaksanakan solat dalam apa keadaan sekalipun.

Daripada dek itu, walaupun mereka berpuasa, Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa mereka tetap tidak merasa lapar. Allah telah memberikan mereka kekuatan. Bila diberi makan, mereka makan. Berkongsi air dan biskut dalam mereka kuantitinya ramai. Ini pengajaran yang terbesar, kesatuan yang tinggi.

Apabila mereka telah masuk ke penjara di Israel, masing-masing ada pengalaman tersendiri. Seorang kameraman telah dituduh untuk menembak askar Israel apabila dia menalakan video kameranya ke arah mereka.

Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa dapatlah dia merasa makanan dalam penjara. Mereka diberikan makan nasi, ikan dan sayur. Ada juga yang diberi daging, tetapi tiada yang makan kerana tak tahu siapa yang masak dan bagaimana askar israel memasaknya.

Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa, pada awalnya, dia langsung tidak dapat bersembang dengan rakan sepenjaranya kerana semuanya dari Turki. Akhirnya ada orang dari Macedonia boleh bersembang dalam bahasa inggeris, mereka duduk bersama-sama dan bersembang mengisi masa. Ustaz Jamaluddin menyatakan betapa mereka tidak bersedih walau dalam penjara. Mereka sentiasa ceria. Bahkan ada yang bercanda.

Ketika di dalam penjara, Ustaz Jamalauddin menceritakan bahawa mereka diberikan barang-barang keperluan hidup. Solat dibenarkan. Makan pun dihidang sendiri. Tentera Israel tidak menganggu mereka kerana telah mendapat tekanan dunia.

Kemudian, tidak lama selepas itu, wakil dari Jordan datang untuk membebaskan Malaysia dan Indonesia. Walaupun dibebaskan sangat awal, Ustaz Jamaluddin menyatakan betapa dia tetap rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lain. Ustaz Jamaluddin juga menyatakan bahawa, duduk bertahun-tahun lagi di dalam penjara pun dia sanggup.

Sangkanya apabila dikeluarkan dari penjara, dia terus bebas. Tetapi rupanya bila keluar, dia telah dimasukkan ke dalam bilik kecil. Duduk 4-5 jam dalam keadaan panas. Sehingga lah mereka menaiki van yang kemudiannya membawa mereka ke sempadan Jordan.

Ustaz Jamaluddin mengakhiri perkongsiannya dengan harapan bahawa, bermula dengan penyekasaan mereka ini, harapnya ummat Islam menjadi lebih kuat. Mereka menyatakan bahawa mereka semua insyaAllah bercadang hendak membuat buku dan keuntungannya akan diberikan kepada Gaza.

Ucapan Ustaz Sulaiman

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Sulaiman, Pengarah Malaysian Student Department di Amman, Irbid.

Ustaz Sulaiman menyatakan apa usaha yang telah dilakukan kedutaan malaysia di Jordan dalam isu perlepasan taawanan. Mereka hakikatnya telah berbincang berkenaan apa yang boleh digunakan untuk membantu warga Malaysia yang ditawan. Ia menjadi lebih menarik perhatian kerana dikatakan ada yang mati. Ditolaj oleh risau, maka sebelum mendapat arahan lagi, tindakan yang berkaitan telah diambil. Mencari saluran untuk membantu tawanan agar dibawa ke Jordan.

Hubungan dengan rapat antara Jordan dan Malaysia sedikit sebanyak membantu usaha ini berjalan dengan lancar. Semua itu dilakukan untuk memastikan mereka boleh dibawa balik.

Ustaz Sulaiman juga menyatakan bahawa, pihak kedutaan Malaysia di Jordan dan MSD sentiasa menyokong perjuangan pembebasan Palestin. Mereka memastikan bahawa saluran yang daiambil adalah saluran antarabangsa. Ustaz Sulaiman menyatakan bahawa, kedutaan Malaysia di Jordan telah banyak berusaha. Akhirnya menyebabkan semua urusan pembebasan menjadi pantas dan mudah.

Ketika mendapat berita tawanan hendak dibebaskan, semua pegawai telah menanti di sempadan, hatta Datuk Duta juga menunggu. Menunggu selama sehari lebih kerana disangkanya dibebaskan lebih awal, tetapi agak lewat juga dari jangkaan. Perdana Menteeri juga menunjukkan keprihatinan dengan mengarahkan Menteri Luar Negeri untuk terus datang ke Jordan walaupun belum pulang dari Malaysia untuk memastikan rakyat Malaysia dalam keadaan selamat.

Usaha diplomasi dimainkan oleh pihak Malaysia melalui PBB adalah amat penting dalam membantu Palestin. Melalui saluran ini, sering diusahakan untuk mengembalikan hak rakyat Palestin. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jordan dirapatkan lagi agar memudahkan urusan bantuan kepada Palestin.

Sempat juga Ustaz Sulaiman menceritakan bahawa bahawa warga Irbid sangat prihatin akan isu Palestin. Ketika peristiwa penyerangan ke atas Gaza di akhir tahun 2008, bantuan telah diusahakan dan telah diberikan kepada pihak Jordan River. Tetapi bantuan itu telah ditahan oleh Israel dan dibuang begitu sahaja.

Mengikut kata-kata Ustaz Sulaiman, kerajaan Jordan juga hakikatnya sangat perihatin kepada rakyat Palestin. Pembebasan orang Malaysia dan Indonesia adalah arahan Raja Malik Abdullah itu sendiri.

Ketikam ini, Pengerusi Majlis, Azlan Shah menyatakan bahawa pelajar-pelajar Irbid telah berjaya mengumpulkan 5,800JD untuk LL4G dalam program 10JD Dari Irbid untuk Gaza.

Penutup: Penggulungan oleh Dr Syed Muhammad Halim.

Sebagai penamat program, Dr Syed Muhammad Halim melakukan penggulungan.

Beliau menyoal: Apakah tindakan kita? Beliau menyatakan bahawa realiti sebenar yahudi adalah musuh paling keras. Beliau menyatakan bahawa di Jordan, tenang. Tenang dalam erti kata tak kisah, walaupun negara di sebelahnya menderita.

Dr Syed Muhammad Halim menyatakan betapa Allah akan tanya kepada kita nanti apakah tindakan kita? Maka Sejauh mana keprihatinan kita merasai keperitan saudara di Gaza. Bayangkan jika semua yang berlaku ke atas rakyat Gaza itu berlaku ke atas keluarga kita sendiri? Allah akan tanya nanti di akhirat apa kemampuan kita? Allah akan hitung. Kalau benar kita rasa Israel itu musuh kita, maka apa tindakan kita? Allah akan tanya semua itu.

Di manakah tindakan kita? Itu persoalan yang besar, yang perlu kita perhatikan.

Mengikut Dr Syed Muhammad Halim, dia menyatakan bahawa, jika tiada pengorbanan, tidak mampu bertindak, maka hakikatnya keimanan kita adalah mandul. Kalau kita tak mampu nak tinggal benda-benda yang Allah larang, maka Allah tak benarkan kemenangan. Maka apa daripada jahiliyyah yang kita telah korbankan?

Dr Syed Muhammad Halim menyatakan bahawa kemaksiatan membuatkan Allah menahan kemenangan.

Kejayaan hakikatnya adalah apabila kita mampu membuka mata hati kita dan mampu membuatkan kita bergerak untuk berubah. Bukan sahaja untuk Palestin, tetapi untuk hubungan kita dengan Allah SWT.

Beliau menutup dengan hadith:

“Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan orang mukmin, maka ia bukan dari golongan mereka” Hadith.

Beliau mengakhiri majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Itulah dia perkongsian dengan relawan LL4G.

Semoga anda semua berjaya mendapat manfaat, dan bergerak ke arah perubahan, melancarkan PERANG NAFAS PANJANG dalam kehidupan kita ke atas jahiliyyah yang wujud baik dalam kehidupan kita mahupun dalam kehidupan orang lain.

ALLAHU AKBAR!

Sumber: Artikel dari WEB BLOG SATU UMAT (sila klik di sini)

|| Alhamdulillah ||

nota-kaki : jika ingin tahu pendapat/pendirian penulis, sila klik di sini. sekian terima kasih.


Manisnya Sabar Itu

|| Bismillah ||

Assalamualaikum semua pembaca budiman. Semoga kalian diberi kesihatan dan kesejahteraan sepanjang nafas masih bersatu dengan jasad. Semoga mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT, Tuhan semesta alam. Insya Allah..

Sudah lama blog saya yang satu ini tidak ber-update. Kesibukan dua tiga minggu ini membataskan saya untuk melayari blog saya yang sudah berusia baru 3 tahun ini. Semenjak tahun 2005, minat terhadap penulisan (blogging) sudah ada dalam kamus hidup saya (yang ketika itu masih sibuk belajar di Kolej Insaniah) huhu. Saya pernah mempunyai blog Friendster, kemudian Blogspot dan kemudian WordPress. Dan pada tahun lalu, saya mula aktif menulis di Blog.ca

Apabila anda minat menulis, maka anda akan merasai kepuasan dalam bidang itu apabila anda membina blog sendiri. Pedulikanlah jika blog anda tidak sepopular dan semasyhur seperti blog-blog yang lain. Kerana minat anda tidak mengira akan kepopularitian tersebut. Anda hanya perlu berkongsi pengalaman, ilmu dan kisah tauladan maka anda akan berasa sangat berbaloi untuk blogging. Niat anda juga sangat penting. Adakah anda membuka akaun blog hanya untuk popular atau menyampaikan ilmu berguna? Ataukah hanya ‘menjual diri’?? Anda mempunyai pilihan untuk itu. Itu cuma pendapat saya sebagai penulis blog yang tegar tapi sangat tidak popular, hehe!

Baiklah kawan-kawan, sebenarnya kali ini saya cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman manis saya ketika masih menuntut di negara orang satu ketika dulu. Bermula tangisan di lapangan terbang membawa kesedihan bersisa di Kota Kinabalu dan sekitarnya :-) maka saya selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (2006). Niat saya sudah simpan kemas dalam hati untuk menuntut ilmu dan berjaya setahun kemudian. Namun kita hanya merancang dan berusaha, segala perkara adalah ketentuan dari Allah SWT. Saya melalui satu perkara yang amat menyedihkan iaitu saya tidak layak ke tahun 4 pada tahun itu. Saya memulakan pengajian saya di Universiti Al Azhar dengan permulaan tahun 3. Namun yakinlah, Allah SWT sebenarnya telah memberikan yang terbaik buat hamba-hamba NYA. Turun ke tahun 3 adalah satu ujian bagi saya tapi anggaplah ianya ujian yang sangat menyenangkan. Kerana apabila niat untuk berjuang kerana ilmu Allah, maka tidak ada sedikitpun rasa putus asa dan keluhan. Walaupun kadang-kadang pernah juga mengeluh namun harus tahu bahawa Allah sedang memandang kita penuh rasa kasih sayang. Kesabaran yang tinggi adalah pengubat jiwa. Bersabar itu sangat indah jika anda menghayati bahawa tiap ujian itu adalah ‘panggilan’ Allah untuk anda lebih mendekati-NYA.

Rasulullah SAW telah menyatakan sikap sabar itu adalah satu sikap yang sangat penting dalam menelusuri kehidupan dan kita sebagai pengikut Baginda wajar mengaplikasikan sikap bersabar itu dalam segenap bidang yang diceburi. Sebenarnya apa saja masalah hidup yang menimpa manusia adalah kaedah Allah untuk menguji iman hamba-Nya sama ada tebal atau nipis iman itu.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud, “Wahai orang- orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwa kepada Allah”.

Sikap sabar itu dinyatakan dalam kitab suci Al Quran berulang-ulang agar kita tidak cepat putus dalam apa jua ujian dan tidak cepat putus asa dalam meminta pertolongan dari Allah SWT. Dalam konteks menuntut ilmu, sikap inilah yang sebenar-benar perlu ada dalam setiap diri kita. Ketika berjauhan dari keluarga tercinta dan ditambah lagi dengan pelbagai cabaran ketika berada di negara orang atau ditambah lagi dengan karenah kawan-kawan yang mungkin tidak sebulu dengan kita, semua ini menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri. Tidak pernah ada sesuatu di dunia ini yang sangat sempurna! Apabila anda sedang berjuang, tidak sempurna perjuangan itu tanpa ujian. Inilah yang menentukan sama ada kita berjuang menuntut ilmu kerana Allah SWT atau sekadar menyimpan impian untuk berjaya satu ketika nanti untuk mendapat pangkat dan gaji yang tinggi.

Mungkin saya hanya menyatakan satu skop saja pada entri kali ini (iaitu ujian dalam menuntut ilmu) padahal sebenarnya banyak lagi skop atau contoh yang lain jika dikirakan dalam pengalaman saya. Ingin berkongsi satu skop lagi, kebanyakan manusia ketika lapangnya atau dalam keadaan masa senangnya mungkin lalai dari mengingati Allah. Solat wajib 5 waktu tidak pernah ataupun mungkin kadang-kadang saja ditunaikan. Seperti tidak menuruti atau melaksanakan apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Namun sebaliknya apabila ditimpa musibah, contohnya penyakit ataupun kesusahan yang tidak tertanggung maka ketika itulah baru teringat akan suruhan dan larangan Allah SWT dan mulai melaksanakannya. Padahal sebelum ini hikmah di sebalik perintah dan larangan Allah SWT tidak pernah direnungi. Selepas itu barulah sikap-sikap anjuran dari Rasulullah SAW akan dihayati dan dituruti. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba yang sentiasa mengingati Allah SWT dan mengikut ajaran Rasulullah SAW dan sentiasa mengamalkan sikap sabar dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini.

Firman Allah dalam surah Az Zumar ayat 10 yang bermaksud, “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab”.

Semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat membimbing saya dan seterusnya tetap merasakan kesabaran itu tetap indah walaupun susah untuk menghadapinya kadang-kadang :-) Pernah ketika masih menuntut ilmu di Mesir dulu, ujian yang paling mencabar adalah apabila saya tidak dapat memahami barisan ayat-ayat dalam kitab dan saya merasakan sayalah manusia paling lemah ketika itu. Meminta tunjuk ajar dari kawan-kawan yang lebih bijak, membuat study group (muzakarah), membaca berulang-ulang kali, membuat nota dan merujuk kamus bahasa arab-melayu-inggeris seberat 2 kilo agaknya (kamus terlalu tebal dan berat). Apabila sudah memahami barisan ayat tersebut dan kepuasan di dalam diri sangat dirasai kerana anda berusaha untuk menyelesaikannya dengan kesabaran. Menuntut ilmu walau di mana-mana anda berada mungkin mempunyai cabaran dan dugaan masing-masing dan ianya hampir sama saja dalam menghadapinya. Ujian yang paling ketara adalah apabila anda membuka kitab saja, mata anda mulai mengantuk! :D

Baiklah kawan-kawan, saya memohon maaf andai ada salah dan silap dalam entri saya kali ini. Mohon teguran yang membina dari anda semua. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT selalu. Akhirnya, kualiti kesabaran kita di uji sepanjang kita meraih tujuan dan kejayaan dalam hidup. Apakah kita berjaya dalam keadaan yang diredhai oleh Allah atau sebaliknya. Peliharalah diri kita dari noda-noda yang dibenci oleh Allah SWT. Sabar dan ikhlaslah dalam berjuang menuntut ilmu, insya Allah diberkati. Amin ya Rabb!

Kata Nabi Yusof a.s, “Sabar itu indah dan kepada Allahlah tempat memohon pertolongan.”

Sekian saja untuk kali ini. Jazakumullahu Khairan Kathiraa :-)

|| Alhamdulillah ||


Ideologi Mustafa Kamal Attartuk

  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “Negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan”. Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATTARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

  • Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  • Sakit jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi, Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!

WaLLahu ‘ALam


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab : “Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Kala Jengking Neraka di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?” Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.”

Pertama: Orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua: Orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga: Orang yang derhaka kepada ibubapa-nya.

Keempat: Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima: Orang yang suka minum arak.

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan di didik pula melaungkan azan di masjid-masjid mahupun disurau-surau. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah SWT. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 kali sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. SEBARKAN.

WaLLahu ‘Alam.


Imam Syafi’e

Kehidupan Imam Syafie bermula dari kecil hingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir merupakan sebuah kehidupan contoh juga seorang lelaki mithali yang tiada tandingannya. Kehidupan beliau dipenuhi dengan erti perjuangan dalam kansah ilmu dan makrufat, pengorbanan mempertahankan kebenaran dan keadilan, kesabaran ketika menerima ujian dan dugaan, keberanian menegakkan pendirian dan menghadapi krisis, keikhlasan kepada Allah SWT, RasulNya dan kedua ibu bapanya. Beliau juga seorang yang suka melakukan sesuatu untuk kebahagiaan orang lain serta seorang pemimpin bagi mereka yang memilih jalan yang benar.
Pada malam Jumaat di bulan Rejab tahun 204H, Imam Syafie telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan sesuatu yang sangat berharga untuk seluruh umat Islam. Jenazah beliau telah dikeluarkan dari rumahnya selepas solat Asar. Ketika melalui rumah Saiyyidah Nafisah, beliau telah memerintahkan supaya jenazah Imam Syafie dibawa masuk ke dalam rumahnya. Lalu beliau menyembahyangkan jenazah tersebut.

Makam Imam Syafie terletak di dalam masjidnya yang terletak di Basantin, Mesir.


Satu Cerita..

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT
DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN
BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA. TAPI BILA MEREKA MULA
BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA,” SAYA TAK PERCAYA
ALLAH ITU WUJUD.”

”KENAPA KAMU KATA BEGITU?” TANYA SI LELAKI TADI.

” CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH
ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR
TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU
TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT B AYANG KAN
ALLAH YG MAHA PENY AYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU”.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG
JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU
MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH, SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT
PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN
BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN
BERKATA,” KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?”

”KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU
TADI”.KATA BARBER.

”TIDAK!” KATA SI LELAKI TADI.”KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA
ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG
DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU”.

”AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA
UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!”.KATA BARBER.

”TEPAT SEKALI!”. KATA SI LELAKI TADI.

”THAT’S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG
TERJADI(KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN
KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.”


Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.
Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s.
Katanya’ “ Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang.
Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama di abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.