Pesanan Imam Ahmad Bin Hanbal
|| Bismillah ||
Pernah seorang penuntut ilmu datang kepada Imam Ahmad bin Hanbal R.A meminta suatu pesanan, maka berkata Imam Ahmad kepadanya:
“Jika Allah SWT telah menjamin setiap manusia tentang rezekinya, mengapa pula manusia bersusah-payah untuk mencarinya? Jika rezeki seseorang itu telah ditentukan sekian-sekiannya, mengapa pula ia sampai bertungkus-lumus hendak menambahnya? Jika mungkir janji itu mustahil atas Allah SWT, mengapa pula anda sampai menjadi bakhil? Jika syurga itu benar wujudnya, mengapa pula anda sampai berlengah-lengah dalam hidup? Jika neraka itu memang benar wujudnya, mengapa pula anda suka melakukan maksiat di dalam dunia? Jika dunia ini akhirnya akan binasa, mengapa pula anda merasa tenang sentiasa? Jika hisab itu benar berlaku, mengapa pula anda suka mengumpul harta benda? Jika segala sesuatu berlaku qadha dan qadar, mengapa pula anda mesti bersedih hati?”
Renungkanlah kata-kata mutiara dari Imam Ahmad Bin Hanbal ini. Dan selamilah erti dan maksud dari falsafahnya; nescaya kita akan sedar dan insaf. Insya Allah. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua hendaknya, Amin
|| Alhamdulillah ||
Saya Nor Affidah Nazurah Bt. Roshman ingin mengucapkan selamat menempuhi hari-hari bahagia di bulan Ramadhan al-Mubarak yang tinggal beberapa hari lagi. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang dimuliakan dan dihayati seperti sebelum-sebelum ini dan semoga memperolehi kemenangan dalam penyucian hati dan diri insya Allah. RAMADHAN KAREEM (^_^)
What Actually Love Is?
You can click this —> What Actually Love Is?.
This is my very an old entry from this site. Just wanna share with you guys
Many thanks for viewing!
Muhasabah Diri
Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
- Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
- Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
- Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
- Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
- Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
- Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
- Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
- Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
- Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
- Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
- Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”
TIDAK BERLAKU SESUATU TANPA SEBAB
|| Bismillah ||
Andai seluruh ungkapan kita ucapkan untuk memuja dan memuji Yang Maha Agung, pasti kata² kita tdk akan mencukupi untuk itu, kerana DIA MAHA SEMPURNA Segalanya.. Semoga kita termasuk dalam golongan org yang mengenal kehebatan dan kebesaran MAHA PENCIPTA, sehingga tdk ada jalan bagi kita untuk sombong dan takabbur.
Semoga DIA memberikan pemahaman bagi kita bagaimana mengharungi hidup di alam fana yang hanya sekali dan seketika ini.
BERSEDIA
Jiwa harus bersedia menghadapi sesuatu yang sesuai dengan keinginan kita. Juga dengan harus bersedia menghadapi sesuatu yang tdk sesuai dengan keinginan kita. Sesungguhnya kehidupan ini tdk selamanya sesuai dengan keinginan. Kita mahu banyak harta tetapi yang berlaku kita banyak hutang. Begitu banyak hal² yang tdk kita inginkan namun tetap berlaku. Tetapi ternyata yang tidak kita inginkan namun tetap berlaku. Tetapi ternyata yang tdk baik bagi kita belum tentu tidak menurut ALLAH. Siapa tahu DIA akan menggantikan yang lebih baik.
“ boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu “
Tugas kita hanya dua. Meluruskan niat dan Menyempurnakan ikhtiar. Yang terbaik hanyalah ALLAH YANG MAHA TAHU. Punya keinginan adalah yang baik, tetapi kalau kita merasa tahu atas yang terbaik itu bukan sikap org yang beriman.
REDHA
Kita harus redha/rela dengan ketentuan ALLAH yang telah ditetapkan. Walaupun kita tdk redha, ketetapan itu telah terjadi. Sebahagian orang menderita bukan kerana tdk mahu menerima kenyataan. Hati “sakit” kerana keinginan kita tdk tercapai, tdk akan menyelesaikan masalah. Kalau sesuatu sudah terjadi, maka yang mesti di ingat adalah bagaimana menghadapinya dengan cara terbaik kita! Jadikan hal tersebut bermanfaat buat diri kita, dan hati redha menerima kenyataan. Setiap kejadian terjadi atas izin ALLAH, dan ALLAH tdk pernah menzalimi hamba²NYA. Redha bukan bererti pasrah, tetapi untuk kekuatan mental menghadapi realiti. Kita tdk dapat memaksa diri untuk menghadapi kejadian dengan cara terbaik kita.
JANGAN MENYUKARKAN DIRI
Andai kita lalai, kita lebih banyak menderita kerana kita sendiri yang berfikiran begitu. Kita sering menggambarkan masalah dan menghabiskan waktu untuk melayani angan² sendiri. Jangan menghadapi masalah dengan sikap yang boleh menimbulkan masalah baru. Jika ketika ada masalah, maka mudahkanlah kerana ALLAH tdk akan membebani hamba²NYA kecuali sesuai dengan kemampuannya.
EVALUASI DIRI
“ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN SESUATU DENGAN SIA-SIA”. Jadikan setiap yang terjadi menjadi bahan untuk mengevaluasi diri ke arah yang lebih baik. Jadikan sebagai untuk evaluasi diri ke arah yang lebih baik. Jadikan sebagai untuk evaluasi kekurangan diri kita selama ini, dan selalu berusaha meningkatkan kemampuan. Sekiranya kita di timpa musibah, maka kita harus selalu bertanya mengapa hal itu terjadi, segera lakukan evaluasi diri dan carilah hikmah sebaliknya.
HANYA ALLAH SEBAGAI SANDARAN
Persoalan yang kita hadapi sebenarnya salah satu jalan untuk dapat memperbaiki diri iaitu ilmu bertambah, pengalaman bertambah dan kematangan bertambah. Di beri nikmat kita BERSYUKUR (syukur itu kebaikan). Diberikan ujian kita BERSABAR (sabar itu kebaikan). Tidak ada yang kita takuti dalam hidup ini kecuali takut kita tdk mampu mengevaluasi diri, takut tdk sabar dan takut kita tdk mampu dekat dengan ALLAH SWT. Masalah terbesar dalam hidup kita adalah ketika kita tdk berhasil memperbaiki diri dan tdk mampu mendekati ALLAH YANG MAHA MENOLONG hamba²NYA…
|| Alhamdulillah ||
06/08/2006 – Kundasang
Bila Azan…
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. “Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah “Lailahaillallah. .” Semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Ya Rabbal
a’lamin..”





