No Hope – No Agenda

Posts tagged “hikmah

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursiketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”


Hikmah

Cinta suci umpama hantu ramai yg bercerita tetapi hanya segelintir yg menemuinya. Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran kerana dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.

Tiga sifat yang menyebabkan pemiliknya tidak tenteram dlm hidupnya~

1) iri hati

2) dengki

3) akhlak yg buruk

Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana jasadmu dan tubuhmu tetapi akal dan jiwamu. Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang, tetapi manusia mana yg tidak pernah melakukan kesilapan. Oleh itu kejayaan yg sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh.

Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah. Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, hilang rasa gundah hidup rasa indah. Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba. Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, di dunia ini dan di akhirat sana. Dengan syarat Iman dan Taqwa, kukuh disemai dan tersemat di jiwa. Amal soleh bukti setia seorang hamba kepada Rabbnya.

Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri.

……..Firman Allah “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu berdukacita, padahal kamulah orang–orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu beriman.”- (surah Ali Imran:Ayat 139)


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.