My Heart Is Still There (^_^)
|| Bismillah ||
Semalam sebelum tidur, tiba-tiba teringat beberapa perkara. Harus tau, aku sudah 22 hari di sini. Sisa-sisa bau Mesir masih lagi melekat di hidung, heh. Ape lak ‘bau’ kan? Macam tak sopan je, tapi i mean segalanya tentang Mesir masih segar di dalam ingatan, hati dan perasaan aku. Angan-angan sungguh aku untuk ke sana lagi. Bila agaknya ye? Huhu..
Masih teringat sekali ‘mantiqah kuliyyah’ — kawasan kuliyyah (universiti). Sangat rindu naik bas ke kuliyyah. Kadang-kadang naik teksi jugak. Sungguh rindu cakap separuh menjerit “Ala ganbi, lau-samah!” apabila hendak turun dari bas. Sungguh rindu memberi salam setiap kali masuk ke kedai-kedai runcit. Beri salam sebelum naik bas atau teksi. Beri salam kepada kaum muslimin dan muslimat di mana-mana. Sungguh INDAH budaya ini. Teringat setiap kali masuk waktu solat, berduyun-duyun kaum muslimin ke jami’ (masjid) untuk menunaikan solat berjemaah. Jika tidak cukup ruang, sanggup membentang tikar/sejadah sampai ke luar malah kadang-kadang di jalan raya untuk solat berjemaah.
Sudah menjadi kebiasaan aku (dan kami) menjaga wudhu ketika berada dalam waktu kesibukan. Sungguh mudah agama Islam itu. Tidak ada alasan sebenarnya untuk meninggalkan kewajiban solat ketika sesibuk mana pun kita. Apabila masuk waktu solat, selalunya tidak susah untuk mencari jami’ kerana rasanya di setiap mantiqah sakaniyyah (kawasan penempatan) mungkin ada 20 buah masjid malah lebih. Di Kaherah saja suda lebih 50 buah masjid. Azan akan bergema menyeru untuk bersolat dalam beberapa ‘seruan’. Sangat rindu itu! Bayangkanlah, ada 20 masjid dan mestilah setiap masjid ada mu’azzin. Betapa indahnya mendengar seruan azan yang tidak putus-putus untuk kita dengarnya. Di kawasan rumah sewa aku dulu, ada 5 buah masjid berdekatan. Kompom subuh pasti bangun kerana azan bergema dalam 5 suara mu’azzin yang berbeza Ada yang cepat, ada yang lambat sedikit dan setelah itu seruan iqamah juga pasti kedengaran silih berganti. Bila agaknya akan aku dengar itu lagi?
Bukan itu sahaja yang aku rindui, suasana bulan mulia Ramadhan juga selalu ditunggu-tunggu kami ketika di sana. Di Mesir, bulan Ramadhan adalah satu ‘perayaan’ yang ditunggu-tunggu dan akan diraikan sangat meriah. Rumah-rumah akan dihias dengan ‘color-light’ dan lampu serupa tanglung (tetapi bentuknya seperti kubah masjid dan sangat cantik ketika malam) Anda akan melihat suasana cantik ini terutama waktu malam. Dimana-mana ada cahaya yang berkelip-kelip Setiap kali Ramadhan juga, orang arab akan menjual manisan-manisan Ramadhan (yang dipanggil, ‘Yamish Ramadhan”) kerana manisan ini hanya dijual ketika bulan Ramadhan. Ada bermacam-macam jenis manisan, dan ada juga berupa kuih. Ada dua jenis kuih (Qatayif dan Khunafa) Selalunya, selepas solat tarawih kami akan singgah kedai manisan ini untuk membeli qatayif dan khunafa. Memang sedap. Dan selalunya, khunafa akan digoreng bersama pisang (resepi orang Malaysia di di sana hehe) sungguh di komersialkan Satu lagi budaya orang arab ketika di bulan Ramadhan, ketika terjumpa sesama mereka (atau kami, heh) atau ketika bermuamalah di kedai, menjadi kebiasaan akan melafazkan ‘RAMADHAN KAREEM’ kepada sesama kaum muslimin dan muslimat. Itu adalah lafaz pujian pada bulan mulia inilah. Kadang-kadang, kita boleh juga jawab lafaz itu dengan memuji Allah SWT dengan memuji ‘ALLAHU AKRAM!’ Sungguh rindu suasana ini. Huhu..
Teringat ketika bulan Ramadhan tahun lepas, masih dalam musim panas ketika itu. Kalau solat tarawih tu, paham-paham la kan.. Memang agak-agak panas dan imam pulak akan membaca surah dalam masa yang agak lama. Dugaan juga tapi Alhamdulillah, sebenarnya semua itu indah (tentang ini aku suda post entri di blog ini. sila klik kalau anda sedang rajin) Tetiba teringat juga, kebiasaan kami ketika di Mesir akan menunaikan puasa ganti (heh) ketika musim sejuk. Kenapa? Sebab, waktu siangnya agak pendek. Jam 5 pm (lebih) sudah masuk waktu maghrib. Waktu siang terasa amat singkat dan lagipun sangat sejuk. Kalau ke mana-mana tidak terasa haus sangat. Cooool jee..
Walaubagaimana pun wahai kawan-kawan, aku sudah ‘meninggalkan’ semua itu di sana. Apa yang aku tau, perkara-perkara yang baik selama aku hidup di Mesir dulu akan dikenang dan diteladani. Betul tak? Ada rezeki, pasti aku ke sana lagi. Pasti! Sekarang has started a new life la kononnye.. Hari ini suda hantar resume ke JHAEINS (apply keja ka kau Pida??? heh) Apa-apa pun, mohon doa kamu wahai kawan-kawan sekalian. Doa’in saya ya! Agar bisa cepat-cepat membalas jasa kedua mama dan abah. Itu harapan menggunung ketika ini. Terima kasih atas doa, sokongan dan dokongan anda semua! Aku hargainya. Dan tidak lupa buat sahabat yang baik MOHAMAD ZAINAL ABIDIN (Haikal Solomon ) Syukran jazilan. Jazakallahu khairan kathira. Anda sahabat yang baik, dan mohon doanya ya. Sekian untuk kali ini. See ya!
|| Alhamdulillah ||
nota-kaki : original entry from my other blog site “A Million Miles” (you can click here. ) — just wanna share with you buddies! thanx for visiting
need to know, not 22 days but most likely already be five months, but since this entry was impersonate so i did not change 22 days to five months. I have been here (Sabah, Malaysia) five months are probably. Thank you
Memperjuangkan Keadilan Di Tengah Padang
Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.
Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan “تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza”. Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.
Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.
Sumber dari Isu Hangat.
Terus boikot Israel!! Klik sini! Dan juga sini! PENTING!
SEBARKAN.
Wallahu ‘Alam.
Imam Syafi’e
Kehidupan Imam Syafie bermula dari kecil hingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir merupakan sebuah kehidupan contoh juga seorang lelaki mithali yang tiada tandingannya. Kehidupan beliau dipenuhi dengan erti perjuangan dalam kansah ilmu dan makrufat, pengorbanan mempertahankan kebenaran dan keadilan, kesabaran ketika menerima ujian dan dugaan, keberanian menegakkan pendirian dan menghadapi krisis, keikhlasan kepada Allah SWT, RasulNya dan kedua ibu bapanya. Beliau juga seorang yang suka melakukan sesuatu untuk kebahagiaan orang lain serta seorang pemimpin bagi mereka yang memilih jalan yang benar.
Pada malam Jumaat di bulan Rejab tahun 204H, Imam Syafie telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan sesuatu yang sangat berharga untuk seluruh umat Islam. Jenazah beliau telah dikeluarkan dari rumahnya selepas solat Asar. Ketika melalui rumah Saiyyidah Nafisah, beliau telah memerintahkan supaya jenazah Imam Syafie dibawa masuk ke dalam rumahnya. Lalu beliau menyembahyangkan jenazah tersebut.
Makam Imam Syafie terletak di dalam masjidnya yang terletak di Basantin, Mesir.





