Menteri Israel hina Duta Turki
Foto menunjukkan Ayalon (kiri) dan pegawai Kementerian Luar Israel dalam pertemuan yang dianggap sebagai menghina duta Turki, Ahmet Celikkol.Rejim Zionis balas dendam tindakan Erdogan di Forum Ekonomi Dunia
BAITULMAQDIS: Duta Turki ke Israel, Ahmet Celikkol, dihina oleh menteri Israel ketika rejim Zionis itu menyuarakan kemarahannya terhadap sebuah siri televisyen Ankara yang menunjukkan ejen Mossad sebagai penculik bayi.
Media negara Yahudi menyokong tindakan membuli duta Turki yang duduk di sofa rendah sedangkan Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon duduk di kerusi tinggi bersama pegawai lain.
Selain itu, Ayalon tidak menemui Celikkol di kementeriannya mengikut protokol biasa sebaliknya di pejabatnya di Parlimen. Malah, menteri Israel itu membiarkan Celikkol menunggu di luar bilik untuk beberapa lama selain mengarahkan kakitangannya membawa keluar bendera Turki serta minuman yang sudah ada di meja.
“Apa yang penting ialah kita nampak beliau (Celikkol) duduk lebih rendah dan hanya ada satu bendera,” kata Ayalon yang dipetik sebagai berkata kepada media tempatan.
Akhbar Israel menyiarkan berita bergambar di muka depan dengan Maariv memberi tajuk ‘Duta kena buli’ dengan foto di atasnya menunjukkan Celikkol dalam keadaan tidak selesa di depan Ayalon.
Oktober lalu, Israel menyuarakan bantahan atas satu lagi siri televisyen Turki menunjukkan tenteranya menembak mati kanak-kanak Palestin.
Kelmarin, Kementerian Luar membantah penyiaran siri televisyen baru berjudul Valley of the Wolves yang menyifatkan ‘Israel dan orang Yahudi sebagai penculik bayi dan penjenayah perang.’ Reaksi penerbit rancangan itu, Pana, menaikkan lagi kemarahan Israel.
“Mengapa pentadbiran Israel yang tidak teragak-agak mengebom kanak-kanak yang berlindung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) rasa gelisah dengan fakta dalam Valley of the Wolves?”
Maariv menganggap tindakan kerajaan itu sebagai sepatutnya sudah lama dilakukan.
“Tindakan membuli oleh Timbalan Menteri Luar langkah betul tetapi tidak pada masa tepat. Kita patut melakukannya beberapa bulan lalu.”
Turki dianggap sekutu utama Israel sejak 1998 apabila kedua-dua negara itu menandatangani perjanjian kerjasama tentera.
Hubungan kemudian tegang selepas Turki menyuarakan kemarahan atas serangan Israel di Gaza disaksikan di Forum Ekonomi Dunia apabila Presiden Recep Erdogan keluar daripada perbahasan dan memberitahu Presiden Israel, Shimon Peres di sebelahnya ‘kamu memang mahir membunuh orang’.
Turki kemudian mengecualikan Israel daripada latihan tentera bersama dengan menegaskan hubungan akan terus terjejas kecuali Tel Aviv menamatkan tragedi kemanusiaan di Gaza. � AFP
Sumber: Berita Harian
-I’M WELCOMING YOU TO VIEW THIS VIDEO-
Turkish PM Erdogan Slams Shimon Peres For Israeli Killings And Walks Off Stage
Siapa Sebenarnya Yahudi?
Kehilangan tanah Palestin di tanahair sendiri. Yang berwarna hijau tanah Palestin, yang berwarna putih tanah Israel. Ini dari tahun 1946 sampai tahun 2000. Yang terkini nampaknya makin kecil tanah Palestin.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut.
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua:
Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama, Peter Schultz (kabel gentian optik), Charles Adler (lampu isyarat), Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel), Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush). Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union), David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura), Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia), Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian), Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB), Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal), Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada), Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis), Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British), Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN). Barbara Walters (ABC News). Eugene Meyer (Washington Post). Henry Grunwald (Ketua Editor Time). Katherine Graham (penerbit The Washington Post). Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – Semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan. Pelajaran. Ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti, atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ – dan menakjubkan – tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk.. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran
Sumber: Utusan Online





