30 karung beg berisi janin

BHUBANESWAR: Pihak berkuasa menemui 30 karung beg plastik berisi beberapa anggota badan janin dan mayat bayi perempuan baru lahir yang dicampakkan ke dalam perigi kering berhampiran sebuah klinik swasta di Orissa, timur India.

Polis mengesyaki anggota badan itu – kebanyakannya tengkorak dan tulang, dibuang dalam perigi berkenaan sejurus selepas bayi malang itu dilahir atau digugurkan di klinik terletak di daerah Nayagarh, 90 kilometer ke barat daya ibu kota wilayah, Bhubaneswar.

Pengurus klinik itu sudah ditahan. “Siasatan awal menunjukkan ia membabitkan janin dan mayat bayi perempuan tetapi kami tidak dapat memastikannya sehinggalah pemeriksaan terperinci dibuat,” kata B K Sharma, Ketua Unit Jenayah Polis Orissa.

Biarpun larangan pemeriksaan penentuan jantina berkuat kuasa di India, pembunuhan janin dan bayi perempuan masih berleluasa di negara yang lebih mengutamakan anak lelaki.

Malah, anak lelaki itu sejak berkurun lamanya diutamakan berbanding perempuan sebagai ketua keluarga serta keengganan keluarga membayar mas kahwin semata-mata bagi mengahwinkan anak perempuan.

Polis berkata mereka terpaksa melakukan usaha mencari di perigi itu selepas tujuh janin perempuan, juga dibungkus dalam beg plastik sampah, ditemui dibuang di kawasan yang tersorok di sebuah perkampungan, seminggu lalu.

Pegawai berkata, mereka percaya kes itu saling berkaitan dan sebahagian daripada sindiket terancang terbabit dalam pembunuhan dan pengguguran janin perempuan.

Kerajaan berkata kira-kira 10 juta budak perempuan mati di tangan ibu bapa sendiri sama ada sebelum atau selepas dilahirkan, sejak 20 tahun lalu.

Bulan lalu, seorang doktor ditahan kerana disyaki melakukan pengguguran haram 260 janin perempuan selepas polis menemui tulang daripada sebuah tangki najis di bawah kliniknya di pinggir New Delhi. – Reuters

|| pida ||
Ape nak jadi yee? Mcm nothing in this world… Hmmmm…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s