Vitamin C ‘ajaib’ tigkat imuniti

SATU manfaat Vitamin C yang paling ketara ialah keupayaannya meningkatkan imuniti anda. Perlu diingat bahawa tugas utama Vitamin C ialah untuk membantu badan membina benteng pertahanan bagi menghadapi serangan ‘musuh’.

Bakteria, virus dan pelbagai patogen wujud di sekeliling kita. Kita tidak boleh mengelaknya kecuali jika kita tinggal di dalam buih disinfeksi yang besar. Dalam erti kata lain, kita hidup dalam persekitaran `medan pertempuran’ setiap hari – satu zon perang yang tidak boleh dilihat.

Jika sistem imun kita kuat, kita tidak perlu risau. Bermula dari serangan musuh, semua bahagian sistem imun kita bertindak pantas – mengenal pasti `musuh’, `menembak’ dan seterusnya membunuh. Namun, sesiapa yang lemah dan tidak mempunyai pertahanan, dia akan mudah diserang oleh `musuh’.

Satu-satunya cara ialah dengan mengukuhkan sistem pertahanan supaya kita dapat menangkis serangan virus. Ini boleh dilakukan dengan pengambilan Vitamin C.

Kita harus mengetahui fakta yang tepat mengenai Vitamin C. Pernahkah anda rasa seperti hendak diserang selesema. Tekak dan badan rasa sakit-sakit tetapi semua gejala itu hilang selepas anda mengambil Vitamin C dan berehat semalaman?

Tetapi, bagaimana jika semua usaha kita untuk kekal sihat sia-sia saja? Umpamanya selesema menjadi semakin teruk dan berlarutan selama beberapa hari atau minggu. Dalam hal ini, virus yang menyerang sudah melepasi barisan pertahanan kita yang pertama. `Mereka’ berjaya merosakkan mitochondria iaitu sel pengeluar tenaga kita. Akibatnya kita jatuh sakit dan tidak bermaya.

Apa yang berlaku seterusnya ialah lambakan radikal bebas disebarkan ke dalam badan. Kehadiran radikal bebas menggunakan sepenuhnya Vitamin C di bahagian yang terbabit seperti kerongkong atau hidung menyebabkan bekalan Vitamin C kita semakin berkurangan. Ini menyebabkan badan tidak boleh membina pertahanan yang kukuh terhadap virus sehingga jangkitan menjadi lebih serius seperti pneumonia.

Apa yang menyedihkan ialah pada suatu ketika dulu, manusia mati akibat keadaan ini. Manusia ketika itu kurang pengetahuan dan tiada rawatan yang sempurna. Masa sudah berubah. Selesema boleh dihalang dengan meningkatkan bekalan Vitamin C dalam badan.

Banyak kajian membuktikan Vitamin C memberi manfaat kepada mereka yang mengalami selesema tidak serius. Apa yang lebih penting, antioksidan membantu anda membina pertahanan yang lebih kukuh terhadap jangkitan.

Anda boleh membantu sistem imun anda dengan cara menambah pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet harian anda. Vitamin C boleh didapati dengan kadar yang banyak dalam oren, tangerin, lemon, limau, betik, strawberi dan limau gedang. Sayuran berdaun hijau dan sayuran lain juga adalah sumber utama Vitamin C, contohnya tomato, brokoli, lada benggala (capsicum) dan daun selada mentah.

Anda juga boleh menambah diet anda dengan makanan tambahan (suplemen) Vitamin C untuk meningkatkan bekalan. Tidak dapat dinafikan, tiada vitamin lain yang amat diperlukan oleh badan anda hari ini seperti Vitamin C. Ia sememangnya layak digelar “vitamin ajaib”.

>Keunggulan Vitamin C:

  • Vitamin C memendekkan tempoh selesema.
  • Vitamin C mengurangkan gejala selesema pada tahap 23 peratus.
  • Vitamin C mempunyai khasiat antihistaminic yang boleh mengurangkan bengkak dan rembesan serta menjadikan anda lebih sihat.
  • Vitamin C boleh meningkatkan keupayaan badan untuk menangkis pelbagai penyakit, termasuk penyakit berjangkit. Ia mengukuhkan dan melindungi sistem dengan merangsang aktiviti antibodi dan sel sistem imun seperti phagocytes dan neutrophils.
  • Sebagai sebahagian kolagen, Vitamin C boleh menyumbang kepada pertahanan imun kita dengan cara yang lebih menyeluruh: kulit kita dan pengalas epielial orifis badan, kedua-duanya mengandungi kolagen, bertindak sebagai barisan pertama pertahanan badan kita untuk menangkis serangan `musuh’.
  • Vitamin C bertindak terhadap kesan toksik pencemar alam sekitar dengan merangsang enzim pendetoksinan hati. Ia juga meningkatkan pengeluaran PGE1, sejenis prostaglandin yang membantu limfosit, sel pertahanan di dalam sistem imun badan.

|| sumber : Bharian ||

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s