PENGHARAMAN ROKOK

Penggunaan tembakau adalah salah satu cabaran bagi kesihatan umum di seluruh dunia. Pertubuhan kesihatan sedunia telah menganggarkan lebih 4 juta orang meninggal dunia akibat tembakau setiap tahun.

Presiden MMA, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, berkata rokok menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malysia mati setiap tahun, dengan masalah ini lebih ketara di kalangan lelaki dewasa. Katanya, kira-kira 47.2 peratus lelaki menghisap rokok dengan Melayu paling ramai (55.6%), diikuti Cina (34.1%) dan India (33.4%).

“Mereka yang mati biasanya akibat penyakit berkaitan merokok, biasanya mati 14 tahun lebih awal.”

Merokok juga diramal menjadi punca utama kematian dan hilang upaya di seluruh dunia mengatasi penyakit HIV, Aids, batuk kering, kemalangan di jalan raya dan bunuh diri” katanya.

Firman Allah :

ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكة

Maksudnya :

“…dan janganlah kamu melemparkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke kancah kebinasaan…”

( al-Baqarah : 195 )

Firman Allah :

ولا تقتلوا أنفسكم ان الله كان بكم رحيما

Maksudnya :

“..janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”

( an-Nisa’ : 29 )

Sabda Rasulullah SAW :

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya :

“Tidak boleh mencipta bahaya dan membalas dengan bahaya”

( HR Ahmad dan Ibnu Majah )

Kebanyakan kita telah mengetahui akibat dan kesan daripada perbuatan merokok yang mana boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit seperti ahmar, strok, penyakit paru-paru dan sebagainya. Merokok juga boleh mengakibatkan kesan-kesan lain seperti kurang kecergasan fizikal, risiko kemandulan bagi wanita dan mati pucuk bagi lelaki, malahan bila nikotin dihisap ia merangsang sistem saraf pusat yang mengakibatkan tekanan darah naik, saluran darah menjadi sempit, sensitiviti kepada rasa sakit dan stress menjadi kurang,juga penghisap rokok menyebabkan kulit menjadi tua lebih cepat daripada usia.

Kesan dari merokok ini bukan sahaja terhad kepada si perokok itu sendiri malah ianya juga menimbulkan masalah kesihatan yang sama bagi mereka yang tidak merokok kerana terdedah dengan asap rokok. Asap kedua (second-hand smoke) merokok oleh ibu bapa dibuktikan memberi kesan buruk kepada paru-paru anak kecil. Seawal dua sampai sepuluh minggu hayatnya. Asma menjadi bertambah pada anak-anak yang ibu bapanya merokok dan penyelidikan baru-baru ini membuktikan mereka yang terdedah kepada asap ‘second-hand’ lebih besar risikonya mendapat kanser paru-paru dan barah lainnya.

Ibrahim Muhammad al-Jamal menjelaskan didalam bukunya Risalah Ila al-syabab, antara lain menulis rokok mengandungi 70 kemudharatan (bahaya) antaranya melupakan kalimah syahadah berbeza dengan bersugi, iaitu satu sunnah yang besar sesungguhnya ia untuk mengingatkan syahadah tika menghadapi maut.

Sehingga kini, pelbagai tanggapan dibuat dalam menentukan baik buruknya merokok. Masing-masing mengeluarkan pendapat sama ada pro atau kontra berlandaskan dalil yang pasti ataupun mengikut hawa nafsu.

Sungguhpun begitu, selaku Azhariyyun tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata : “kalau dah ketagih payah nak tinggal” atau “ enta tak tahu,boleh la kata”.

Ayat-ayat seperti ini menggambarkan seolah-olah golongan Azhariyyun yang mendalami ilmu agama, tiada bezanya , menyerupai perangai mereka yang tidak mendalami agama sedangkan Allah telah memilih kita untuk mendalami ilmunya dan di sampaikan kepada orang lain. Apa guna ilmu yang telah kita pelajari, jika sekadar untuk sijil dan mendapatkan kerja tanpa diaplikasikan sebagai amanah.

Sabda Rasulullah SAW :

إن الحلال بين والحرام بين وبينهما متشبهات لا يعلمهن كثير من الناس.فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضهزومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام كالراعى يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن لكل ملك حمى وإن حمى الله محارمه.

Wallahu ‘Alam

One response

  1. Pingback: Aids » Blog Archive » PENGHARAMAN ROKOK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s