Tak Nak!

tak nak!Ketika balik dari kuliah petang kelmarin, saya sempat singgah di Markaz DPMI kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Selesai bersolat (solat dahulu kerana AJKT bertugas tiada untuk melayan urusan kami) saya sempat mencapai sebuah buku “Katakan Tak Nak! Pada Rokok”. Saya berminat untuk membaca buku tersebut sementara menunggu urusan selesai. Buku tersebut membicarakan hukum merokok. Semuanya dibahaskan dalam buku tersebut. Namun saya tidak sempat membacanya sehingga habis. Lagi pula, saya terlupa membawa duit lebih pada paginya kerana kelam-kabut ke kuliah. Kitab tersebut saya pinjam sekejap untuk dibaca dari rak buku-buku untuk dijual di Markaz tersebut. Antara yang ingin saya kongsikan di sini ialah dari dalam Kitab Bughiyyatul Mutarsyidin disebutkan sebuah hadis yang bermaksud:

Telah bersabda Rasulullah SAW :

“Wahai Abu Hurairah, akan datang beberapa kaum di akhir zaman yang mengekalkan menghisap rokok (pohon tembakau) dan mereka berkata: Kami sekalian termasuk sebahagian daripada umat Nabi Muhammad SAW. Dan padahal mereka bukanlah termasuk daripada umat, tetapi mereka itu merupakan sebahagian umat yang liar. Berkata Abu Hurairah: “Aku bertanya kepada Nabi SAW dari apakah tumbuhnya?”. Nabi SAW menjawab, “Sesungguhnya tembakau itu tumbuh dari kencing syaitan”. Apakah tetap iman seseorang yang menghisap kencing syaitan? Maka di laknat orang yang menanamnya, yang memindahnya dan yang menjual belikannya. Telah bersabda Nabi SAW sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan mereka ke dalam api neraka. Bahawasanya pohon tembakau itu pohon yang keji.

Wallahu ‘Alam

2 responses

  1. Hisap kokok tu serupa hisap candulah…apa dah jadi dengan negeri cina sewaktu dulu..PERANG CANDU…kalahkah…kerana candu…musnah….kerana wanita….kerana nafsu…..ikut hati,mati,ikut rasa..binasa..ikut nafsu..lesu.

    Ambil duit RM10.00 bakar dengan api api…hangus..apa hukumnya..MEMBAZIR…jadi RM10.00 sehari..x 30 hari x 30 tahun….dah berapa banyak..RM36,000.00 selama 30 tahun.Boleh pergi haji dan umrah 2 orang…itu baru seorang..jika X 1 juta orang ..berapa?
    Bakar duit membazir…membazir saudara syaitan…hari2 berbaik dngan syaitan…Kata Ibrahim Adham….salah satu doa tertolak..kamu kata syaitan musuh kamu…tetapi hari-hari kami berbaik dengan syaitan..FIKIRkan.

    05/07/2010 at 4:37 PM

  2. pida

    Syukran atas pesanan Tuan Haji Ibrahim :’) saya bersetuju dengan pendapat Tuan Haji. Bukan saja berlaku pembaziran, namun yang jelasnya membahayakan kesihatan diri dan orang lain juga. Ini suda memudaratkan diri sendiri dan orang lain dengan sengaja. Mudah-mudahan bagi perokok tegar sentiasa menanamkan niat utk berhenti menjadi perokok. Ada niat dan selepas itu berusaha utk berhenti merokok!

    18/11/2010 at 8:04 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s