Tidak Bertajuk v.2

Aku pernah jatuh. Dan bangun sendiri.

Kadang-kadang merasa sakit.

Namun menahan sendiri.

Adakala airmata mudah jatuh.

Dek manja dengan ujian.

Adakala degil untuk menangis.

Dek kering dengan ujian.

Dunia sememangnya tidak adil untuk di adili.

Kerana penghujungnya tetap sama.

Kita sememangnya tahu.

Tak perlu di beritahu.

Kerana bosan memberitahu.

Keadilan dunia pada penghujungnya.

Di manakah penghujungnya?

Adakah penghujung itu satu pencarian?

Pencarian yang tidak berpenghujung sebenarnya.

Akhirnya bosan dengan pencarian.

Bosan dengan tiada berpenghujung.

Keadilan tetap pada pencarian yang tak pernah berpenghujung.

Kitalah pencarian itu.

Ya, sebenarnya kitalah pencarian itu.

Antara dua pengembara.

Seorang pengembara dunia.

Yang mencari kesenangan dunia.

Mencari kesusahan di akhirat.

Seorang pengembara dunia.

Yang mencari kesusahan dunia.

Mencari kesenangan di akhirat.

Pencarian yang berpenghujung akhirnya.

Pengembara dunia yang sanggup menanggung kesusahan ketika di alam khayalan demi mencapai kesenangan di alam yang selamanya.

Nun di penghujung nanti.

Ya, anda tahu itu sejak azali lagi.

Kita adalah antara dua pengembara dunia itu.

Sekali lagi aku pernah jatuh.

Aku bangun sendiri.

Tidak merasa sakit lagi.

Tidak menangis lagi.

Airmata dahulu itulah saksi.

Saksi pada akhirnya tidak bosan untuk menjadi pengembara dunia.

Yang ingin mencari kebahagiaan akhirat.

Alexandria (27/11/08)

Tidak Bertajuk v.1 sila klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s