KUIN Ditutup 10 Hari, 170 Pelajar Dikuarantin

ALOR SETAR: Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini ditutup selama 10 hari mulai hari ini setelah 170 pelajarnya didapati mempunyai simptom jangkitan Influenza A (H1N1), dua hari selepas majlis konvokesyennya berakhir. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata kes itu dikesan hari ini membabitkan pelajar kampus Alor Setar. “Mereka hanya mempunyai simptom penyakit itu, belum ada yang disahkan menghidapnya. Semua pelajar terbabit dikuarantin di asrama KUIN di Mergong,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini.

Azizan berkata, pelajar lain di arahpulang ke  kampung masing-masing. Katanya, cuma kampus utama Alor Setar ditutup manakala kampus cawangan di Sungai Petani beroperasi seperti biasa.

Lebih 3000 pelajar termasuk pelajar dari luar negara menuntut di KUIN.  Daripada jumlah itu, hampir 2000 pelajar belajar di kampus Alor Setar.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s