Salam Aidilfitri

Assalamualaikum buat Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT selalu. Semakin berakhirnya bulan penuh berkat Ramadhan ini😥 Bulan yang begitu “suruur” bagiku. 1000 kebahagiaan dan ketenangan tercipta sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Semoga di ampuni dosa-dosa kita dan diberi ganjaran seperti yang diharap-harapkan. InsyaAllah. Semoga ramadhan kali ini tidak sia-sia dan membawa 1001 rahmat kepada kita semua.

Namun terpana seketika tika soalan-soalan bisa ini menerjah jiwaku. Cukupkah amalan dan doaku sepanjang Ramadhan ini? Bagaimana pula rintihanku ketika mendamba maghfirah-NYA? Bagaimana pula dengan doaku pada kedua ibu-bapaku? Bagaimana pula doaku pada adik-beradikku dan kaum keluargaku yang lain? (Yakinlah dengan Allah SWT kerana DIA Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani pada hamba-NYA yang tidak pernah berhenti berharap)

Bagaimana pula hubungan dengan sahabat-sahabatku? Jika pernah tersilap kata dan tingkah laku (malah memang pernah!) Maafkan aku! Bagaimana pula dengan ‘mereka’ yang masih bersisa amarah dan dendam? (Mungkin sudah memaafkan cuma masih tidak mampu untuk bertegur-sapa seperti sebelum ini) Walau apapun, tetap minta maaf. Sesungguh-sungguh maaf. (‘mereka’ yang berkaitan sila klik sini)

*** Teringat ketika hari pertama Ramadhan, menunaikan solat tarawih di Masjid el-Huda. Tidaklah jauh dari rumah sewa namun terasa lucu kerana selalu berlari-lari anak sebab ‘mengejar’ solat berjemaah isya’ di masjid tersebut. Memang selalu terlewat sedikit sebab air selalu tiada (masih lagi di musim panas ketika ini, kebiasaannya air bagai chipsmore. kejap ada kejap lagi tiada)

Pernah sekali terpaksa solat di luar bahagian jemaah wanita kerana keadaan sudah terlalu sesak dan padat sehingga tiada ruang untuk kami ‘menumpang kasih’. Hehehe.. Walau bagaimana pun, solat tetap disempurnakan dengan baik walaupun solat di sebelah rak kasut, tetapi tempat tetap bersih🙂

Pada hari ke empat Ramadhan, saya dan kawan serumah tidak lagi solat tarawih di masjid el-Huda. Kami bertukar ke masjid yang kami istilahkan ‘masjid panjang’ kerana kedudukannya yang memanjang dan terletak di sebelah rel keretapi. Tiap-tiap selepas 20minit keadaan agak bising kerana keretapi akan melalui rel sebelah masjid panjang ini.

Seperti biasa, kami pasti berlari-lari anak untuk menyempatkan diri solat isya’ berjemaah di masjid panjang tersebut. Air memang nda sporting ketika ini, huhuhu.. Tapi alhamdulillah, selalunya kami sempat solat berjemaah isya’. Cuma pernah 2-3 kali solat berjemaah sesama kami kerana terlambat sedikit. Dan solat sunat tarawih selalunya memang sempat disempurnakan. Alhamdulillah😉

Kebanyakan masjid-masjid di Mesir menunaikan solat tarawih hanya 8 rakaat + 3 rakaat (witir). Walaupun hanya 8 rakaat tapi tempoh solat tarawih sekitar dalam 2jam kerana setiap rakaat selepas sempurna membaca surah al-Fatihah, imam akan membaca surah lain dengan bacaan agak panjang (kebiasaan surah a-Quran dari juz1 dan akan sempurna sehingga juz30 sepanjang Ramadhan. InsyaAllah)

Tapi terdapat masjid yang tidak menghabiskan 30juz sepanjang Ramadhan ini (maksud saya, bacaan ketika solat tarawih) Contohnya, masjid panjang ini lah😉. Pada malam 28 Ramadhan (semalam) surah yang sempurna dibacakan oleh imam sekitar juz 12 (surah Yusuf). Masjid ini agak ‘seronok’ dan ‘best‘ jugak kerana tiap-tiap malam ketika di akhir khutbah akan di ajukan soalan (soalan tersebut akan dilekat di dinding tiap bahagian – tingkat1, tingkat2 dan tingkat3. selalunya kami solat di tingkat3) Dan jawapannya akan diberitahu pada malam esoknya. Soalan-soalan tersebut selalunya berkaitan dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW, para sahabat Nabi SAW dan peperangan yang pernah disertai oleh Nabi SAW dan sahabat-sahabat Baginda. Selalunya saya dan sahabat-sahabat akan berbincang tentang jawapan sehingga kadang-kadang cari jawapan melalui internet ;P

Terlalu banyak kenangan manis sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Pasti saya akan merindui saat-saat yang membahagiakan ini dan mengharap mudah-mudahan sempat bertamu Ramadhan akan datang (jika umur masih panjang, insyaAllah) Semoga kita semua mendapat rahmat dan berkat sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga Allah SWT menerima solat, puasa, zakat dan amalan-amalan ‘sampingan’ kita. Semoga kita adalah hamba-NYA yang ikhlas dan tawakal dalam setiap perkara. Semoga kita benar-benar ‘menang’ dalam perjuangan kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Dan 1 Syawal itulah adalah hari kemenangan kita semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini dan Syawal yang akan datang ini adalah satu kemenangan yang membahagiakan lagi ‘menyucikan’ kita semua. InsyaAllah.

Sempena kedatangan Syawal ini,

Saya, Nor Affidah Nazurah bt. Roshman mengucapkan SALAM AIDILFITRI. Maaf Zahir dan Batin buat semua Muslimin dan Muslimat. Kullu Sanah wa Antum bi Khair (-_-“)

Sekian.

One response

  1. Pingback: My Heart Is Still There (^_^) « || A Thousand Words ||

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s