My Heart Is Still There (^_^)

|| Bismillah ||

Semalam sebelum tidur, tiba-tiba teringat beberapa perkara. Harus tau, aku sudah 22 hari di sini. Sisa-sisa bau Mesir masih lagi melekat di hidung, heh. Ape lak ‘bau’ kan? Macam tak sopan je, tapi i mean segalanya tentang Mesir masih segar di dalam ingatan, hati dan perasaan aku. Angan-angan sungguh aku untuk ke sana lagi. Bila agaknya ye? Huhu..

Masih teringat sekali ‘mantiqah kuliyyah’ — kawasan kuliyyah (universiti). Sangat rindu naik bas ke kuliyyah. Kadang-kadang naik teksi jugak. Sungguh rindu cakap separuh menjerit “Ala ganbi, lau-samah!” apabila hendak turun dari bas. Sungguh rindu memberi salam setiap kali masuk ke kedai-kedai runcit. Beri salam sebelum naik bas atau teksi. Beri salam kepada kaum muslimin dan muslimat di mana-mana. Sungguh INDAH budaya ini. Teringat setiap kali masuk waktu solat, berduyun-duyun kaum muslimin ke jami’ (masjid) untuk menunaikan solat berjemaah. Jika tidak cukup ruang, sanggup membentang tikar/sejadah sampai ke luar malah kadang-kadang di jalan raya untuk solat berjemaah.

Sudah menjadi kebiasaan aku (dan kami) menjaga wudhu ketika berada dalam waktu kesibukan. Sungguh mudah agama Islam itu. Tidak ada alasan sebenarnya untuk meninggalkan kewajiban solat ketika sesibuk mana pun kita. Apabila masuk waktu solat, selalunya tidak susah untuk mencari jami’ kerana rasanya di setiap mantiqah sakaniyyah (kawasan penempatan) mungkin ada 20 buah masjid malah lebih. Di Kaherah saja suda lebih 50 buah masjid. Azan akan bergema menyeru untuk bersolat dalam beberapa ‘seruan’. Sangat rindu itu! Bayangkanlah, ada 20 masjid dan mestilah setiap masjid ada mu’azzin. Betapa indahnya mendengar seruan azan yang tidak putus-putus untuk kita dengarnya. Di kawasan rumah sewa aku dulu, ada 5 buah masjid berdekatan. Kompom subuh pasti bangun kerana azan bergema dalam 5 suara mu’azzin yang berbeza Ada yang cepat, ada yang lambat sedikit dan setelah itu seruan iqamah juga pasti kedengaran silih berganti. Bila agaknya akan aku dengar itu lagi?

Bukan itu sahaja yang aku rindui, suasana bulan mulia Ramadhan juga selalu ditunggu-tunggu kami ketika di sana. Di Mesir, bulan Ramadhan adalah satu ‘perayaan’ yang ditunggu-tunggu dan akan diraikan sangat meriah. Rumah-rumah akan dihias dengan ‘color-light’ dan lampu serupa tanglung (tetapi bentuknya seperti kubah masjid dan sangat cantik ketika malam) Anda akan melihat suasana cantik ini terutama waktu malam. Dimana-mana ada cahaya yang berkelip-kelip Setiap kali Ramadhan juga, orang arab akan menjual manisan-manisan Ramadhan (yang dipanggil, ‘Yamish Ramadhan”) kerana manisan ini hanya dijual ketika bulan Ramadhan. Ada bermacam-macam jenis manisan, dan ada juga berupa kuih. Ada dua jenis kuih (Qatayif dan Khunafa) Selalunya, selepas solat tarawih kami akan singgah kedai manisan ini untuk membeli qatayif dan khunafa. Memang sedap. Dan selalunya, khunafa akan digoreng bersama pisang (resepi orang Malaysia di di sana hehe) sungguh di komersialkan Satu lagi budaya orang arab ketika di bulan Ramadhan, ketika terjumpa sesama mereka (atau kami, heh) atau ketika bermuamalah di kedai, menjadi kebiasaan akan melafazkan ‘RAMADHAN KAREEM’ kepada sesama kaum muslimin dan muslimat. Itu adalah lafaz pujian pada bulan mulia inilah. Kadang-kadang, kita boleh juga jawab lafaz itu dengan memuji Allah SWT dengan memuji ‘ALLAHU AKRAM!’ Sungguh rindu suasana ini. Huhu..

Teringat ketika bulan Ramadhan tahun lepas, masih dalam musim panas ketika itu. Kalau solat tarawih tu, paham-paham la kan.. Memang agak-agak panas dan imam pulak akan membaca surah dalam masa yang agak lama. Dugaan juga tapi Alhamdulillah, sebenarnya semua itu indah (tentang ini aku suda post entri di blog ini. sila klik kalau anda sedang rajin) Tetiba teringat juga, kebiasaan kami ketika di Mesir akan menunaikan puasa ganti (heh) ketika musim sejuk. Kenapa? Sebab, waktu siangnya agak pendek. Jam 5 pm (lebih) sudah masuk waktu maghrib. Waktu siang terasa amat singkat dan lagipun sangat sejuk. Kalau ke mana-mana tidak terasa haus sangat. Cooool jee..😉

Walaubagaimana pun wahai kawan-kawan, aku sudah ‘meninggalkan’ semua itu di sana. Apa yang aku tau, perkara-perkara yang baik selama aku hidup di Mesir dulu akan dikenang dan diteladani. Betul tak? Ada rezeki, pasti aku ke sana lagi. Pasti! Sekarang has started a new life la kononnye.. Hari ini suda hantar resume ke JHAEINS (apply keja ka kau Pida??? heh) Apa-apa pun, mohon doa kamu wahai kawan-kawan sekalian. Doa’in saya ya! Agar bisa cepat-cepat membalas jasa kedua mama dan abah. Itu harapan menggunung ketika ini. Terima kasih atas doa, sokongan dan dokongan anda semua! Aku hargainya.  Sekian untuk kali ini. See ya!

|| Alhamdulillah ||

nota-kaki : original entry from my other blog site  “A Million Miles” (you can click here. ) — just wanna share with you buddies! thanx for visiting🙂 need to know, not 22 days but most likely already be five months, but since this entry was impersonate so i did not change 22 days to five months.  I have been here (Sabah, Malaysia) five months are probably. Thank you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s