Pesanan Imam Ahmad Bin Hanbal

|| Bismillah ||

Pernah seorang penuntut ilmu datang kepada Imam Ahmad bin Hanbal R.A meminta suatu pesanan, maka berkata Imam Ahmad kepadanya:

“Jika Allah SWT telah menjamin setiap manusia tentang rezekinya, mengapa pula manusia bersusah-payah untuk mencarinya? Jika rezeki seseorang itu telah ditentukan sekian-sekiannya, mengapa pula ia sampai bertungkus-lumus hendak menambahnya? Jika mungkir janji itu mustahil atas Allah SWT, mengapa pula anda sampai menjadi bakhil? Jika syurga itu benar wujudnya, mengapa pula anda sampai berlengah-lengah dalam hidup? Jika neraka itu memang benar wujudnya, mengapa pula anda suka melakukan maksiat di dalam dunia? Jika dunia ini akhirnya akan binasa, mengapa pula anda merasa tenang sentiasa? Jika hisab itu benar berlaku, mengapa pula anda suka mengumpul harta benda? Jika segala sesuatu berlaku qadha dan qadar, mengapa pula anda mesti bersedih hati?”

Renungkanlah kata-kata mutiara dari Imam Ahmad Bin Hanbal ini. Dan selamilah erti dan maksud dari falsafahnya; nescaya kita akan sedar dan insaf. Insya Allah. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua hendaknya, Amin🙂

|| Alhamdulillah ||

Saya Nor Affidah Nazurah Bt. Roshman ingin mengucapkan selamat menempuhi hari-hari bahagia di bulan Ramadhan al-Mubarak yang tinggal beberapa hari lagi. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang dimuliakan dan dihayati seperti sebelum-sebelum ini dan semoga memperolehi kemenangan dalam penyucian hati dan diri insya Allah. RAMADHAN KAREEM (^_^)

2 responses

  1. mohd kamarul ariffin

    Assalamualaikum…mohon share..

    20/11/2012 at 9:56 PM

    • Affidah Dzlley

      Wa’alaikumussalam. Silakan🙂

      18/01/2013 at 10:13 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s