Dimanakah Kita?

|| Bismillah ||

Bilamana menghadapi saat-saat genting kebiasaannya manusia akan sentiasa menginsafkan diri sebabnya terkadang tidak mampu menghadapinya berseorangan. Maka siapa peneman setia di sisi? DIA-lah yang sentiasa berada di sisi selalunya. Cuma kita ini saja yang ‘sombong’ tidak bertempat dan tidak mengenal waktu. Padahal kita ini hanyalah hamba yang sangat kecil dan terlalu hina untuk menyombongkan diri kepada-NYA.

Mudah-mudahan di hadapan kita mempunyai jalan-jalan luas untuk menginsafkan diri lalu segera bertaubat dan meminta apa saja kerana DIA Maha Mendengar. Katalah dan merintihlah apa-apa juga kerana DIA Meha Mengetahui setiap niat kita dan mengadulah setiap apa yang kita rasakan kerana DIA Maha Menolong lagi Maha Mengasihani. Tapi kenapa masih ada di antara kita rasa menyombongkan diri, padahal jika diteliti kita ini cumalah tiada apa-apa. Dijadikan cuma dari setitis air mani yang tidak punya apa-apa nilai pun. Kalaulah kerana tidak kuasa Allah SWT yang memperalihkan setitik air mani itu sehingga akhirnya menjadi sempurna anggota tubuh badan, menjadi pandai dan bijak.

Apabila kita diuji dengan pelbagai dugaan, ketauhilah ianya adalah panggilan Allah untuk kita mendekatkan diri pada-NYA. Bagaimana bentuk ujian pun, ianya adalah hampir sama saja dalam tujuan kenapa kita diuji. Betapa beruntung sebenarnya kepada mereka yang diuji biarpun airmata jatuh membasahi pipi kerana kesusahan ujian itu. Allah memilih hamba-hamba NYA untuk diberi ujian kerana Allah lebih mengetahui keadaan hamba-NYA itu yang benar-benar terpilih, ini kerana Allah sayang kepadanya. Inilah yang dikatakan rahmat Allah yang terlalu luas tanpa kita sedari pun. Kerana rahmatillah inilah yang meningkatkan ketaqwaan dan nilai keimanan dalam diri hamba itu apabila menempuhi cabaran dalam ujian. Kesabaran yang tinggi juga mendapat ganjaran besar dari Allah SWT tanpa hisab.

Sesungguhnya apabila kita diuji dengan ujian yang berat, janganlah pernah lupa bahawa Allah Maha Pembuka (Al Fattah – The Opener) yakni; DIA pasti membuka jalan dan kebenaran dalam apa juga kesulitan dan kesukaran yang dihadapi setiap hamba-hamba NYA. Mereka yang terpilih diberi ujian adalah bukti kasih sayang Allah Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba NYA yang beriman lagi bertaqwa.

Bayangkanlah, jika kita tidak pernah diuji dan tidak pernah menghadapi apa-apa masalah dan dugaan hidup; seolah-olah hati jauh dari Tuhan Rabbul ‘Alamin. Sangat membimbangkan jika hati sudah jauh dari mengingati Allah SWT hati pasti mati dari rasa mencambahkan rasa keimanan dan takut-takut pula tidak mengenal Tuhan selepas itu kerana sibuk dengan hal-hal duniawi mengejar kekayaan dan mungkin juga sibuk mengumpul harta demi nama, pangkat dan keluarga terhormat.

ARAH TUJU KEHIDUPAN SEBENAR

Hidup manusia di dunia adalah umpama seorang pengembara. Pengembara yang mempunyai niat dan tujuan hidup. Seorang pengembara yang berusaha demi kehidupan dunianya ataupun pengembara yang lebih mementingkan kehidupan akhiratnya yang kekal abadi nanti. Seorang pengembara harus tahu apa yang diniatkan dan apa yang perlu dilakukan selaras dengan niatnya itu tadi. Jika ianya berlandaskan dunia semata-mata maka Allah SWT telah menetapkan nasibnya di akhirat nanti dan begitulah sebaliknya.

Semoga kita adalah pengembara-pengembara dunia yang berusaha untuk mempersiapkan bekalan ke alam yang kedua nanti iaitu kehidupan abadi di akhirat sana. Semoga dengan titisan airmata taubat dan meminta keampunan dari Allah SWT menjadi saksi untuk mencapai kebahagiaan akhirat, Amin Ya Rabbal Alamin.

  • Semoga si kecil menjadi anak yang taat kepada ibu dan ayah kelak. Bilamana sudah dewasa menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu ayah, agama dan iman menjadi penghias diri menyembah Tuhan Yang Maha Esa.
  • Semoga si ayah menjadi tauladan kepada si isteri dan anak-anak. Kalau si ayah tidak bersekolah tinggi pun; namun jika keimanan dan ketaatan pada Allah melebihi segala-galanya sudah cukup untuk menjadi ayah yang sempurna hendaknya. Di waktu masuknya solat subuh, si ayah mengejutkan isteri dan anak-anaknya untuk menunaikan perintah Allah yang wajib ini.
  • Semoga si ibu kekal membelai anak-anaknya penuh kasih. Melayan suami penuh taat walau dalam keadaan apa sekalipun. Semoga ibu sabar dalam mengurus rumahtangga. Ibu yang selalu prihatin terhadap anak-anaknya; “Nak, sudah solat isya’?” Alangkah baiknya pertanyaan seperti ini untuk anak-anak yang kadang-kadang lalai ber-facebooking, blogging dan chatting.
  • Semoga si lelaki itu menjadi suami yang baik untuk isteri dan anak-anaknya kelak. Suami yang menjadi pelindung dan pemimpin keluarga berkat ilmu agamanya dan soleh dalam redha Tuhan demi melahirkan keluarga yang mencintai Allah SWT dan Rasul-NYA. Sistem kepimpinan suami dalam membimbing isteri dan anak-anak berlandaskan kitabul ‘Aziz Al Quran dan Sunnatun Nabi.
  • Semoga si wanita itu menjadi isteri yang solehah untuk suaminya yang dikasihi. Cinta sesama yang bercambah kerana cinta kepada Allah SWT semata-mata. Wanita itulah juga pelindung keaiban suami dan sentiasa menyokong suaminya dalam apa juga keadaan. Wanita itulah yang melahirkan zuriat dan pendidik anak-anak serta penajam fikiran suaminya.

“DIMANAKAH KITA?”

Si anak kecil itukah?

Si ibu itukah?

si ayah itukah?

a t a u

Si lelaki yang bakal menjadi suami itukah?

Si wanita yang bakal menjadi isteri itukah?

Jawapannya; semua sama sahaja tarafnya di sisi Allah SWT. Kesemua di atas adalah hamba-hamba Allah jua yang sama-sama menjadi pengembara di dunia yang mencari keredhaan Tuhan semesta alam dan berluma-lumba mendapatkan ganjaran pahala. Pengembara di dunia yang ingin sekali mencari kebahagiaan di akhirat nanti dengan balasan syurga.

Maka, kita sendiri tentukan dimanakah kita. Berusahalah.

|| Alhamdulillah ||

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s