Archive for November, 2008

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
Ketika melihat kalian,
Apalagi jika kalian diamanahkan Allah
Kecantikan dan postur yand ideal,
Kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
Kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
Dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
Ketika berbicara dengan kalian,
Apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
Suara yang merdu dengan irama yang mendayu
Kerana itu tegaskanlah suara kalian
Tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
Dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
Bayangan-bayangan hati kalian,
Ketika kalian dapat menjadi
Tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
Waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
Oleh bayangan-bayangan kalian,
Kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
Menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
Bila harus berhadapan dengan kalian,
Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
Hanya dengan senyum kalian,
Hati kami akan bergetar
Ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
Maka jagalah amanah itu
Jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
Akan kelemahan hati kami ini,
Hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
Kalian akan menjadi halal bagi kami.

“Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini.. YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
Untuk iman yang tak dipelihara,
Lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
Kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
Menemani kami siang dan malam
Agar iman kami dapat dijaga.

++ Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

[ http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1063 ]


Michael Jackson peluk Islam

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau ‘Jacko’ dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

“Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi

Wallahu ‘Alam


Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:    Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama:  Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:     Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:     Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:  Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:     Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:     Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:    Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:   Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:      Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:      Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:  Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Wallahu ‘Alam