Posts tagged “Muhasabah

Manisnya Sabar Itu

|| Bismillah ||

Assalamualaikum semua pembaca budiman. Semoga kalian diberi kesihatan dan kesejahteraan sepanjang nafas masih bersatu dengan jasad. Semoga mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT, Tuhan semesta alam. Insya Allah..

Sudah lama blog saya yang satu ini tidak ber-update. Kesibukan dua tiga minggu ini membataskan saya untuk melayari blog saya yang sudah berusia baru 3 tahun ini. Semenjak tahun 2005, minat terhadap penulisan (blogging) sudah ada dalam kamus hidup saya (yang ketika itu masih sibuk belajar di Kolej Insaniah) huhu. Saya pernah mempunyai blog Friendster, kemudian Blogspot dan kemudian WordPress. Dan pada tahun lalu, saya mula aktif menulis di Blog.ca

Apabila anda minat menulis, maka anda akan merasai kepuasan dalam bidang itu apabila anda membina blog sendiri. Pedulikanlah jika blog anda tidak sepopular dan semasyhur seperti blog-blog yang lain. Kerana minat anda tidak mengira akan kepopularitian tersebut. Anda hanya perlu berkongsi pengalaman, ilmu dan kisah tauladan maka anda akan berasa sangat berbaloi untuk blogging. Niat anda juga sangat penting. Adakah anda membuka akaun blog hanya untuk popular atau menyampaikan ilmu berguna? Ataukah hanya ‘menjual diri’?? Anda mempunyai pilihan untuk itu. Itu cuma pendapat saya sebagai penulis blog yang tegar tapi sangat tidak popular, hehe!

Baiklah kawan-kawan, sebenarnya kali ini saya cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman manis saya ketika masih menuntut di negara orang satu ketika dulu. Bermula tangisan di lapangan terbang membawa kesedihan bersisa di Kota Kinabalu dan sekitarnya ๐Ÿ™‚ maka saya selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (2006). Niat saya sudah simpan kemas dalam hati untuk menuntut ilmu dan berjaya setahun kemudian. Namun kita hanya merancang dan berusaha, segala perkara adalah ketentuan dari Allah SWT. Saya melalui satu perkara yang amat menyedihkan iaitu saya tidak layak ke tahun 4 pada tahun itu. Saya memulakan pengajian saya di Universiti Al Azhar dengan permulaan tahun 3. Namun yakinlah, Allah SWT sebenarnya telah memberikan yang terbaik buat hamba-hamba NYA. Turun ke tahun 3 adalah satu ujian bagi saya tapi anggaplah ianya ujian yang sangat menyenangkan. Kerana apabila niat untuk berjuang kerana ilmu Allah, maka tidak ada sedikitpun rasa putus asa dan keluhan. Walaupun kadang-kadang pernah juga mengeluh namun harus tahu bahawa Allah sedang memandang kita penuh rasa kasih sayang. Kesabaran yang tinggi adalah pengubat jiwa. Bersabar itu sangat indah jika anda menghayati bahawa tiap ujian itu adalah ‘panggilan’ Allah untuk anda lebih mendekati-NYA.

Rasulullah SAW telah menyatakan sikap sabar itu adalah satu sikap yang sangat penting dalam menelusuri kehidupan dan kita sebagai pengikut Baginda wajar mengaplikasikan sikap bersabar itu dalam segenap bidang yang diceburi. Sebenarnya apa saja masalah hidup yang menimpa manusia adalah kaedah Allah untuk menguji iman hamba-Nya sama ada tebal atau nipis iman itu.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud, โ€œWahai orang- orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwa kepada Allahโ€.

Sikap sabar itu dinyatakan dalam kitab suci Al Quran berulang-ulang agar kita tidak cepat putus dalam apa jua ujian dan tidak cepat putus asa dalam meminta pertolongan dari Allah SWT. Dalam konteks menuntut ilmu, sikap inilah yang sebenar-benar perlu ada dalam setiap diri kita. Ketika berjauhan dari keluarga tercinta dan ditambah lagi dengan pelbagai cabaran ketika berada di negara orang atau ditambah lagi dengan karenah kawan-kawan yang mungkin tidak sebulu dengan kita, semua ini menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri. Tidak pernah ada sesuatu di dunia ini yang sangat sempurna! Apabila anda sedang berjuang, tidak sempurna perjuangan itu tanpa ujian. Inilah yang menentukan sama ada kita berjuang menuntut ilmu kerana Allah SWT atau sekadar menyimpan impian untuk berjaya satu ketika nanti untuk mendapat pangkat dan gaji yang tinggi.

Mungkin saya hanya menyatakan satu skop saja pada entri kali ini (iaitu ujian dalam menuntut ilmu) padahal sebenarnya banyak lagi skop atau contoh yang lain jika dikirakan dalam pengalaman saya. Ingin berkongsi satu skop lagi, kebanyakan manusia ketika lapangnya atau dalam keadaan masa senangnya mungkin lalai dari mengingati Allah. Solat wajib 5 waktu tidak pernah ataupun mungkin kadang-kadang saja ditunaikan. Seperti tidak menuruti atau melaksanakan apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Namun sebaliknya apabila ditimpa musibah, contohnya penyakit ataupun kesusahan yang tidak tertanggung maka ketika itulah baru teringat akan suruhan dan larangan Allah SWT dan mulai melaksanakannya. Padahal sebelum ini hikmah di sebalik perintah dan larangan Allah SWT tidak pernah direnungi. Selepas itu barulah sikap-sikap anjuran dari Rasulullah SAW akan dihayati dan dituruti. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba yang sentiasa mengingati Allah SWT dan mengikut ajaran Rasulullah SAW dan sentiasa mengamalkan sikap sabar dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini.

Firman Allah dalam surah Az Zumar ayat 10 yang bermaksud, “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab”.

Semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat membimbing saya dan seterusnya tetap merasakan kesabaran itu tetap indah walaupun susah untuk menghadapinya kadang-kadang ๐Ÿ™‚ Pernah ketika masih menuntut ilmu di Mesir dulu, ujian yang paling mencabar adalah apabila saya tidak dapat memahami barisan ayat-ayat dalam kitab dan saya merasakan sayalah manusia paling lemah ketika itu. Meminta tunjuk ajar dari kawan-kawan yang lebih bijak, membuat study group (muzakarah), membaca berulang-ulang kali, membuat nota dan merujuk kamus bahasa arab-melayu-inggeris seberat 2 kilo agaknya (kamus terlalu tebal dan berat). Apabila sudah memahami barisan ayat tersebut dan kepuasan di dalam diri sangat dirasai kerana anda berusaha untuk menyelesaikannya dengan kesabaran. Menuntut ilmu walau di mana-mana anda berada mungkin mempunyai cabaran dan dugaan masing-masing dan ianya hampir sama saja dalam menghadapinya. Ujian yang paling ketara adalah apabila anda membuka kitab saja, mata anda mulai mengantuk! ๐Ÿ˜€

Baiklah kawan-kawan, saya memohon maaf andai ada salah dan silap dalam entri saya kali ini. Mohon teguran yang membina dari anda semua. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT selalu. Akhirnya, kualiti kesabaran kita di uji sepanjang kita meraih tujuan dan kejayaan dalam hidup. Apakah kita berjaya dalam keadaan yang diredhai oleh Allah atau sebaliknya. Peliharalah diri kita dari noda-noda yang dibenci oleh Allah SWT. Sabar dan ikhlaslah dalam berjuang menuntut ilmu, insya Allah diberkati. Amin ya Rabb!

Kata Nabi Yusof a.s, โ€œSabar itu indah dan kepada Allahlah tempat memohon pertolongan.โ€

Sekian saja untuk kali ini. Jazakumullahu Khairan Kathiraa ๐Ÿ™‚

|| Alhamdulillah ||


Muhasabah Diri

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:

  • Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
  • Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
  • Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
  • Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
  • Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
  • Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
  • Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
  • Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
  • Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
  • Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
  • Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

โ€œPeliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api nerakaโ€